“Mungkin ramai yang sedia tahu, saya sejenis yang suka buat kejutan.” Demikian kata pelakon, Ruhainies mengenai video tular malam berinai yang dimuat naik di Instsgram baru-baru ini mengundang spekulasi ramai.
Pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu juga turut mengesahkan lelaki misteri yang muncul di dalam klip video tersebut ialah aktor popular, Zul Ariffin.
Ruhainies,30, berkata dia bersama rakan pengasas, Sha Hasan berbincang terlebih dulu dan positif apabila konsep pelancaran mendapat perhatian.
“Ramai juga yang sudah tahu dan dapat teka ia hanyalah gimik. Tetapi ada yang anggap perkara itu seolah-olah macam betul berlaku. Jadi bila begitu, boleh nampaklah idea itu menjadi.
“Klip berkenaan berkonsepkan Bollywood dan memang sedia maklum, tema itu ialah antara minat saya. Jadi kami sama-sama bincang dan capai persetujuan. Mengapa tidak untuk cuba lakukan sesuatu yang baru.
“Bila bercakap mengenai konsep atau tema Bollywood, rasanya tidak lengkap kalau tidak berpasangan. Jadi hero yang paling sesuai di mata saya, ialah Zul Ariffin.
“Terdahulu saya ada bertanya pada Zul mengenai kerjasama ini dan dia sudi membantu. Hubungan kami pun baik dan Zul sebenarnya banyak bantu saya dalam dalam lakonan juga.
“Sebab itulah kalau boleh saya mahu dia turut sama terlibat dalam projek besar kami ini. Apa pun, peranan Zul hanyalah sebagai penampilan khas di dalam video ini sahaja,” katanya lagi.
Ditanya apa kaitan tanda pagar (hashtag) yang ditulisnya di dalam setiap hantaran pada video tersebut, pelakon drama Cukup Derita Itu menjelaskan, ia adalah perjalanan menuju hari pelancaran produk terbarunya.
“Ia merujuk kepada pelancaran produk Mixberry Shalicious x Ruhainies. Kami sendiri pun sudah lama rancang untuk lancarkan kerjasama ini. Misalnya dari segi persiapan video dan majlis pelancaran ia perlukan sekitar sebulan dua perancangan,” katanya.
Mixberry Powder Advance kerjasama di antara Sha Hasan dan Ruhainies ini adalah produk makanan tambahan 100 peratus mengunakan bahan natural yang sesuai untuk para wanita dan lelaki yang impikan kulit yang bebas masalah jerawat, lembut, cantik dan cerah.
Selari dengan ungkapan Shalicious iaitu ‘My Secret Is Yours’, Shalicious turut membuka peluang perniagaan bagi yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi agen dan stokis.
Menurut Sha Hasan, pemilihan aktres itu juga seiring dengan populariti dan status Ruhainies sebagai wanita berkejaya yang menjaga kecantikan serta memenuhi tanggungjawab sebagai artis yang menjaga nama dan karier.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.