Pelakon Sharifah Sakinah, 32, mendedahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya yang juga asal Sweden, Michael Hansen, 42.
Bagaimanapun, bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu tidak mendedahkan tarikh pertunangannya secara terperinci.
Meminta ramai agar menghormati pendiriannya, Sakinah atau nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired gembira kerana fasa perkenalannya bersama duda kepada dua cahaya mata itu berjalan dengan harmoni.
“Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang,” katanya.
Adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini turut menambah, majlis pernikahan mereka kelak akan diadakan dalam serba ringkas.
“Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis itu nanti. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael.
“Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Sebelum ini, beberapa foto mesra Sakinah dengan kekasihnya, itu menjadi bualan ramai sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan warganet.
Media sebelum ini turut melaporkan, pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga Mei depan bersempena dengan tarikh lahir mereka berdua.
Ditanya mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal pula, Sakinah memberitahu dia tidak rasa tertekan kerana memiliki bekas suami, Aliff Adha yang sentiasa memberi sokongan.
Meski sudah berpisah, namun mereka masih berkawan demi permata hati, Anais Adha.
“Saya tak rasa tekanan pun menjadi seorang ibu tunggal sebab bekas suami saya sangat memahami. Malah dia juga banyak membantu terutamanya dari segi penjagaan anak.
“Misalnya ketika saya perlu lokasi pengambaran, anak akan dijaganya dan kami mempunyai persetujuan yang sangat baik.
“Kami juga tidak ada pergaduhan langsung kerana kalau boleh, tidak mahu merumitkan keadaan,” katanya.
Sakinah berkahwin bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini mencecah usia 4 tahun.
Namun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama Aliff telah berakhir pada Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, primadona filem Melayu, Erra Fazira turut mengambil kesempatan 10 malam terakhir Ramadan untuk menunaikan ibadah umrah.
Turut serta dalam rombongan Erra ialah rakan baiknya, pelakon Betty Banafe.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Erra memohon doa agar diampunkan segala salah silap serta diterima ibadahnya.
“Assalamuailakum, di malam-malam penghujung Ramadan ini, saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap, kekurangan serta kelemahan saya sama ada sengaja mahupun tidak, lisan mahupun perbuatan.
“Moga segala ibadah kita diterima Allah, segala dosa diampunkan dan segala doa dimakbulkan. Amin,” tulisnya.
Sementara itu, menjenguk di ruangan Instagram Betty, pelakon tersebut mengharapkan mereka mendapat mengejar malam istimewa Lailatul Qadar yang begitu direbut-rebut semua Muslimin dan Muslimat.
“Sekadar berkongsi, malam ini di Mekah adalah malam 25 Ramadan. Jamatul ulama mengatakan Lailatul Qadar masih belum keluar, InsyaAllah.
“Moga malam ini atau malam 27 atau 29. Doa kami juga agar doa kalian semua diterima tanpa hijab dan diberikan ketenteraman jiwa serta hidup dalam redha Allah SWT. Amin ya Rab,” tulis Betty.
Selain, Erra, Betty dan Siti Nurhaliza beberapa artis lain turut berkesempatan menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun ini seperti penyanyi Daiyan Trisha, Naim Daneil, Datuk Nora Ariffin, pelakon Datin Fouziah Gous, Zulin Aziz dan Saharul Ridzwan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Erra Fazira, Betty Banafe
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semakin bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan aktor Aiman Hakim, pelakon Zahirah Macwilson baru-baru ini ada berkongsikan top 10 nama bayi perempuan yang menjadi idaman hatinya.
Dalam video yang dikongsikan menerusi platfrom TikTok miliknya, Zahirah, 27, secara berseloroh sempat mengusik mengatakan dia tidak hamil sebaliknya hanya sekadar suka-suka membuat senarai nama tersebut untuk tontonan umum.
“Sekarang saya nak buat top 10 baby girl names and no, i am not pregnant,” katanya.
Antara nama yang mendapat tempat di hati Zahirah adalah seperti nama Raline, Eliza, Aria, Ella, Isabella, Esme, Aira, Zahara, Amara, Serena, Sierra dan Elisa.
“Saya suka nama Raline… masa sekolah dulu saya ada jumpa gadis nama Eliza, dia sangat sweet, cantik dan cool.
“Saya juga suka nama Ella, cute baby Ella.Kalau nama yang panjang sikit, mungkin Isabella.
“Aira pun saya suka sebab dia kedengaran macam Ira. Saya pun suka Zahara sebab nama itu sangat eksotik,” kata Zahirah.
Sekadar info, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman Hakim pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan selebriti itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari 2021 di Perth, Australia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...