Tarikh tersebut pada hari ini menandakan sudah genap tiga tahun dia kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Bunga, 40, bersama-sama ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Noah Sinclair, 14, hadir menziarahi pusara Allahyarham yang terletak di Jakarta, Indonesia.
Dalam posting tersebut, Bunga yang memakai jubah berwarna merah jambu sedondon berselendang turut menghiasi kubur Allahyarham dengan kelopak bunga-bungaan segar.
“Hey you, anaknya (Noah) udah gede nih (anak kita sudah besar ni),” tulis Bunga seakan-akan berbicara kepada arwah suaminya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Bunga turut memuat naik kata-kata pujangga popular yang disebutkan pakar psikatri serta aktivis kemanusiaan terkenal, mendiang Elisabeth Kubler-Ross dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dalam hidup.
“Realitinya, kamu akan sentiasa berduka cita.
“Kamu tidak akan sama sekali dapat melupakan kehilangan orang tersayang, sebaliknya kamu akan cuba belajar untuk terus kuat untuk hidup tanpa mereka.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Kamu akan pulih dan kembali bangkit di sebalik kehilangan yang terjadi.
“Kamu akan jadi kuat semula, tapi ia tetap tidak akan sama seperti dulu lagi.
“Walaupun begitu, kamu tetap jalaninya juga demi hari-hari mendatang,” tulis Bunga memetik kata-kata Elisabeth yang menulis tentang lima peringkat kesedihan yang akan dilalui individu akibat kehilangan insan tersayang.
Untuk info, Bunga mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 8 November 2008.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair yang kini berusia 14 tahun.
Ashraf, 41, meninggal dunia pada 18 Februari 2020 di sebuah pusat perubatan di Jakarta akibat serangan jantung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI