Buat pertama kalinya, pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari memuat naik gambar arwah suami, Ashraf Sinclair di Instagram selepas Allahyarham meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Foto tersebut kini telah mendapat satu juta tanda suka (likes) selepas dimuat naik tiga jam lalu.
“Hey You, I miss you… Each and everyday…,” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramHey You, I miss you.. Each and everyday.. ❤️
A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on
Terdahulu, BCL berkongsi rasa syukurnya dapat berpuasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta pada hari raya pertama.
View this post on InstagramWhen we have each other, we have everything ❤️.. Eid Mubarak!
A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on
View this post on InstagramMinal Aidin Wal Faizin.. Mohon Maaf Lahir Batin.. ❤️
A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on
Bunga Citra Lestari berkahwin dengan Ashraf Sinclair pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair.
Foto: Instagram BCL
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mira Filzah Menangis Berjauhan Dengan Anak; “Hari Pertama Sesi Fotografi Mata Bengkak.”
Terikat dengan komitmen kerja di Bali, Indonesia selama lima hari baru-baru ini membuatkan pelakon Mira Filzah ‘berendam air mata’ apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya yang baharu sahaja berusia tiga bulan.
Mengakui menangis teruk pada hari pertama akibat terlalu merindui anaknya, Wan Khair Amir, Mira turut mengambil inisiatif memerah susu ibu dan menyimpan susu berkenaan di dalam kotak pendingin (cooler box) berisi ais.
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, menjelaskan bekerja sebagai ibu yang menyusukan bayi bukan mudah. Terutamanya berkaitan waktu mengepam susu bagi mengelakkan bengkak susu, persediaan peralatan dan penyimpanan susu yang sudah diperah.
“Ini pun kali pertama tinggalkan Amir untuk lima malam. Hari pertama sesi fotografi mata bengkak, sebab malam sebelum tu panggilan video Amir menangis. Hanya hari pertama sahaja, hari kedua dan seterusnya sudah okay sedikit. Hehe.
“Pengalaman kerja di luar sambil pam susu bukan senang. Curi curi masa untuk pump. Kadang-kadang tengok jam sampai terlepas ‘timing’, tahu tahu sudah enam jam tidak pam lagi!
“Haa faham tak perasaan itu? Dengan membawa bermacam barang ke sana sini, ice packs dan cooler bag lagi. Salute sangat mommies yang busy kerja tetapi masih boleh patuhi jadual mengepam!
“Lepas ini ada lagi beberapa kali outstation. Lagi jauh dan lama. Tidak tahulah hendak bawa balik susu macam mana untuk penerbangan berbelas jam. Semoga cukup lagi bekalan susu dekat rumah bila outstation nanti. Semoga Mama pun kuat!” tulis Mira di laman Instagram miliknya.
Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan arkitek, Wan Emir Astar, 32, pada 3 September 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bodoh Tu Simpan Sikit,”- Dilabel Tiada Maruah Gara-Gara #10yearschallenge Bersama Aquaman, Tiz Zaqyah Sekolahkan Siapa?
Ketika ini, trending mengenai cabaran #10yearschallange yang sedang tular di kalangan pengguna media sosial.
Malah para selebriti turut sahut cabaran dengan berkongsi gambar lama sedekad masing-masing.
Cabaran ini memerlukan mereka untuk memuat naik gambar 10 tahun yang lalu dan dibandingkan dengan keadaan mereka ketika ini.
Antara selebriti yang tidak terlepas untuk turut serta dalam cabaran ini adalah aktres popular, Tiz Zaqyah.
View this post on InstagramI malas nak cerita panjang lah… #10yearschallenge #ex
A post shared by TIZ ZAQYAH RAZAK (@tiz.zaqyah) on
“I malas nak cerita panjanglah #10yearschallange #ex ,” tulisnya.
Gambar tersebut memaparkan Tiz telah menyunting gambarnya untuk dilihat seakan-akan bergambar mesra bersama bintang Aquaman, Jason Mamoa.
Bagaimanapun, gambar tersebut telah dikecam seorang individu yang menganggap pelakon wanita tersebut seperti tiada maruah.
“Haha murah sangat maruahnya. Berat nana,” kata individu tersebut.
Bengang dengan kecaman tersebut, ini respon balas yang diberikan Tiz;
“Haha bodoh tu simpan sikit,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut terhibur dengan entri tiz tersebut.
Sumber: Instagram Tiz Zaqyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Isteri Paling Banyak Bersabar, Terima Kekurangan Saya,” – Nabil Ahmad Audit Diri
Pengacara Nabil Ahmad tidak menafikan di dalam menjaga keharmonian, setiap pasangan yang berkahwin pasti akan berdepan dengan ujian dan cabaran naik turun bahtera rumah tangga.
Bagaimanapun, kata Nabil, 39, setiap ujian yang datang itu berbeza-beza dan baginya, kesabaran dan tolak ansur menjadi antara faktor penting dalam mengekalkan institusi kekeluargaan.
“Ada ketika bila tengok kawan-kawan diuji dengan masalah rumah tangga, saya berdoa semoga Allah berikanlah kesabaran dalam diri isteriku. Manalah tahu kalau suatu hari dia tidak sabar, mahkamah dia pergi. Risau juga.
“Sebabnya saya tidak boleh menafikan di dalam layari bahtera rumah tangga, memang ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Jadi bagi saya untuk jaga keharmonian rumah tangga kena banyak bersabar. Pada masa sama jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan betul.
“Jujurnya saya yang perlu berikan tumpuan kepadanya lebih 100 peratus kerana di antara kami rasanya dia yang paling banyak bersabar. Dia yang paling banyak terima kekurangan dan dia banyak menasihati saya,” katanya kepada MH.
Hos Gegar Vaganza 9 itu ditemui pada Majlis Pelancaran & Jualan Promosi Pembukaan Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Ditanya mengenai keadaan semasa susulan konflik perkahwinan melibatkan beberapa rakan artis, Nabil mengambi pendirian mendoakan agar urusan mereka dipermudah.
“Saya cuba ambil iktibar terhadap apa sahaja yang berlaku ketika ini untuk muhasabah diri dan cuba menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Sebelum ini mungkin saya hanya ingat sudah kerja dan cari nafkah, yang selebihnya biarlah isteri yang lakukan.
“Namun melihat kepada situasi sekarang, saya cuba untuk buat perkara yang jarang saya lakukan sebelum ini. Misalnya bila balik kerja akan tanya isteri kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu dan sebagainya. Jadi sikap ambil berat dan peka itu lebih sikit.
“Apa pun bila mengenali beberapa rakan kita yang sedang diuji (masalah rumah tangga), saya tak mahu nak komen apa-apa. Sebaliknya lebih kepada mendoakan. Semoga mereka dapat lalui ujian ini dan dapat berbaik semula, insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, gedung baharu Jakel yang terletak hanya 200 meter dari lokasi lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran telah pun memulakan operasi jualannya.
Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan.
“Premis baharu kami ini menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa selain ada disediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,”
“Apapun kami bersyukur kerana dengan izinNya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri. Pembeli juga berpeluang dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya yang turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” katanya lagi.
Selain Nabil, aktor Aaron Aziz juga menjadi wajah wakilan bagi jenama ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI