Bertapak sejak 25 tahun lalu, ternyata kumpulan Padi masih lagi berbisa dan menjadi antara kumpulan terkenal dari Indonesia yang mempunyai kelompok peminat yang ramai di Malaysia.
Semalam, bersaksikan seramai 2,400 peminat setia mereka, Padi tampil bertenaga mendendangkan lebih 20 buah lagu hits mereka sepanjang 2 jam konsert berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Membuka tirai persembahan dengan lagu Bayangkanlah tepat jam 8.30 malam, adrenalin konsert kemudiannya diteruskan dengan seleksi lagu-lagu seperti Sesuatu Yang Indah, Ternyata Cinta, Tempat Terakhir serta karya berhantu Padi, Menanti Sebuah Jawaban yang paling ditunggu-tunggu peminat.
Diselang-selikan dengan perbualan bersama peminat, vokalisnya, Fadly menyatakan keterujaannya menyambut ulang tahun ke-25 Padi bersama peminat-peminat di Malaysia yang tidak jemu memberikan sokongan terhadap mereka sejak giat aktif bermula tahun 1997.
“Kami berasa senang dapat kembali ke sini dan bersama-sama kalian meraikan ulang tahun perak (ke-25) Padi di Kuala Lumpur.
Ads
“Semoga kami dapat menghiburkan anda berterusan dan terima kasih kerana sentiasa menyokong Padi,” kata Fadly.
Kehangatan konsert kemudiannya diteruskan dengan kemunculan istimewa Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid yang tampil berduet dengan Padi menerusi ‘national anthem’ peminat Padi iaitu Kasih Tak Sampai.
Satu hall gamat apabila peminat sama-sama ‘sing along’ serta menyimbahkan pancaran flashlight di telefon pintar masing-masing bagi menghayati lagu penuh bermakna buat mereka itu.
Ads
Selepas Kasih Tak Sampai, Sheila pula membuat ‘permintaan’ untuk Padi menyanyikan bersama lagu-lagu dendangannya seperti Antara Anyer & Jakarta serta Warna, satu paduan yang cukup sempurna!
Persembahan kemudiannya diteruskan dengan lagu-lagu lain seperti Seperti Kekasihku, Rapuh, Lain Dunia, Begitu Indah, Sobat dan Sahabat Selamanya.
Ads
Konsert 25 Tahun Padi Reborn dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd.
Padi yang ditubuhkan pada 8 April 1997 dianggotai Fadly selaku vokalis, Piyu (gitaris utama), Ari (gitaris) Rindra (bassist) dan Yoyo (drummer).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Impian penyanyi Aina Abdul untuk memenangi trofi Vokal Terbaik akhirnya tercapai apabila persembahannya menerusi lagu Sepi diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36, pada Ahad lalu.
Di samping menyatakan rasa syukur, Aina akui dia memang mengimpikan anugerah berkenaan sejak kali pertama bertanding di pentas berpestij itu.
“Sebenarnya saya memang impikan anugerah Vokal Terbaik semenjak kali pertama saya masuk AJL. Ini kerana, saya sentiasa mahu perbaiki vokal nyanyian saya,” kata Aina.
Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani menambah, dia sentiasa cuba berusaha untuk memperbaiki mutu kualiti persembahannya setiap kali bertanding.
“Setiap kali saya masuk AJL, saya belajar melihat karya-karya artis lain sebab saya sentiasa rasa kena buat lebih baik lagi. Saya pun tidak lah begitu lama dalam bidang penulisan lagu, jadi kalau diberi peluang lagi untuk tahun hadapan.
“Saya nak keluarkan sesuatu yang berbeza dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum iniz Ini bukan sahaja untuk mahu buktikan kepada orang ramai tapi nak ada rasa kelainan daripada persembahan saya pada tahun sebelumnya,” jelasnya lagi.
Aina berkongsi mengenai impiannya itu ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan bual bicara Wanita Hari Ini, TV3 pada Isnin.
Dengan kemenangan tersebut, Aina membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 berserta trofi.
Anugerah Juara Lagu Ke-36 telah diadakan di Dewan Merdeka, (WTCKL), Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV3 yang menyaksikan lagu Pelukan Angkasa diangkat sebagai Juara Lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Tomok menegaskan soal kebajikan pekerja merupakan perkara utama yang harus dititikberatkan buat semua majikan tidak kiralah dari kalangan artis mahupun orang biasa.