Komposer dan penyanyi Awi Rafael telah ‘mencuri’ masanya apabila dia berkesempatan menziarahi pesakit kanser tulang, Shafuan di Hospital Kuala Lumpur semalam.
Menerusi entri terbarunya di Instagram, dia memohon agar orang ramai sama-sama menghulurkan bantuan buat pesakit berusia 20 tahun itu.
“Petang tadi sempat visit Adik Shafuan di HKL bersama ayahnya. Shafuan menghidap penyakit kanser tulang, Ibunya pula juga terlantar sakit akibat stroke sejak dua tahun lalu..
“Ayahnya terpaksa tidak berkerja utk menjaga Safuan sepenuhnya di Hospital & Abgnya pula harus berkerja di Jelebu, Negeri Sembilan sambil jaga ibu & adik. Bayangkan keadaan keluarga & bil2 yg perlu dibayar?
“Kita pasti dapat menolong keluarga Adik Shafuan, boleh contact Abgnya (Nazar) dari link di Instastory..
“Banyak yg Awi sempat bual dgn Shafuan, he’s a strong kid with a good heart. Terharu tgk semangatnya utk capai impiannya.. He is only 20 years old
“Life is unfair boy.. but these moments will pass. Amin.
(Please share his story),”tulis Awi.
Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan sumbangan, boleh hubungi abang pesakit, Nazarhairy seperti yang dikongsikan Awi di Instagram Storiesnya.
Foto : Instagram Awi Rafael
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI