Hidap Kerosakan Buah Pinggang Tahap 2 & Air Kencing Berdarah, Dr. Say Syazril Risau Lepas Buat Medical Check Up

Share

Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mengakui dirinya berasa agak terkejut selepas melihat keputusan ujian pemeriksaan kesihatan yang baru sahaja dijalaninya baru-baru ini.

Menurut Dr. Say, meskipun paras kolestrol di dalam tubuhnya semakin menurun berbanding tahun lalu, namun, ia masih lagi dilihat berada ditahap yang agak tinggi.

Malah, pihak doktor juga turut mengesahkan Dr. Say kini turut mengalami masalah kerosakan buah pinggang tahap dua dan terdapat pendarahan di bahagian air kencingnya.

“Semestinya berkait rapat dengan gambar ni yakni terduduk saya dibuatnya. Januari 2021 total cholesterol sy 8.3, Alhamdullilah tahun 2022 ni total cholesterol sy turun kepada 7.0.

“Akan tetapi bacaan ni masih tinggi sebab normal value should be lower than 5.2. Bacaan cholesterol jahat (LDL) sy pulak dari 6.2 turun kepada 5.44 akan tetapi masih tinggi sebab normal value should be lower than 2.58.

“Selain tu buah pinggang saya berada pada kerosakan tahap 2 dan pada masa yang sama pada air kencing saya ada darah detected. Besar kemungkinan ada batu pada buah pinggang.

“Wallahualam tapi saya nak check lagi later. Status hati okay, garam dalam badan okay, bacaan untuk gout okay, gula dalam badan okay,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Tanya Doktor itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Dr. Say turut memaklumkan dia harus mengubah cara kehidupannya daripada sudut pemakanan dan senaman agar keadaan buah pinggangnya itu tidak bertambah teruk.

“Am i worried? Semestinya. Tang kolestrol dan tang buah pinggang tu. Walaupun kalau dibandingkan status buah pinggang saya lagi elok keadaannya tahun ni berbanding tahun lepas tapi kali ni ada darah dalam air kencing tu yg buat sy sedikit cuak.

“Sebab normalnya takde darah pada air kencing unless ada jangkitan atau ada batu pada buah pinggang. Mungkin nak kena buat ultrasound sebab tak naklah dari tahap dua tiba-tiba makin teruk yang sampai nanti kena cuci darah kalau buah pinggang dah rosak tahap 5.

“Kalau tanya perasaan saya, saya sedikit lega tapi lebih kepada cuak ahaha. Sedikit lega tang bacaan kolestrol makin better dan lebih cuak sebab kolestrol masih tinggi dan kisah buah pinggang tu.

“Adakah sy kena makan ubat kolestrol? Mengikut nasihat pakar perubatan sy, katanya tak perlu lagi. Cuba lifestyle changes dari segi pemakanan dan senaman untuk tiga bulan ni dan repeat balik ujian kolestrol bulan 4 nanti,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk kerap mengadakan ujian kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencefah penyakit daripada peringkat awal.

“Kalau korang ikut story saya memang saya start jaga dah pemakanan dan senaman sejak 1.1.2022 aritu. Moga dengan keputusan medical checkup ni buat sy kekal motivated untuk teruskan healthy lifestyle sy.

“Badan nak guna lama peeps. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepok kalau kesihatan tunggang langgang.

“Siapa yg tak buat medical checkup lagi, nasihat sy malam ni puasa pukul 12 malam, esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical checkup. The best investment you can make is in your own health,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa terkejut selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat Dr. Say diatas perkongsian tersebut.

Sebelum ini, Dr. Say pernah memaklumkan dia juga ada berjumpa dengan doktor pakar untuk bertanyakan mengenai keadaan jantungnya selepas tahap kolestrol di dalam tubuhnya berada ditahap yang agak membimbangkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Dr. Say Shazril

Published by
Aizam Manaf