Nenek kepada penyanyi Mimi Fly, Siti Ajar Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 98 tahun pada pagi Sabtu.
Perkhabaran duka itu dikongsikan Mimi atau nama sebenar, Shamimi Amalina Norhisham menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
Menurut Mimi, Allahyarham neneknya menghidap penyakit strok sehingga menyebabkannya lumpuh separuh badan.
“Innalillahiwainnailahirojiun. Forever in my heart. We love you so much Tok. We will miss you everyday.
“Pagi yang hambar buat kami sekeluarga menatap pemergian nenek kesayangan kami , Siti Ajar Bt. Ismail, 98 tahun.
“Terima kasih mendoakan Tok sepanjang kepayahan Tok mengharungi stroke dan lumpuh separuh badan,” tulis Mimi di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu juga, Mimi turut memuat naik beberapa gambar kenangannya bersama nenek tercinta.
Malah, penyanyi berusia 36 tahun itu juga turut bersyukur neneknya telah mendapat hasil jagaan sempurna daripada caregiver.
“Kami sangat bersyukur atas dedikasi yang diberikan oleh para caregiver yang sama-sama meringankan kesakitan Tok. She is in a better place now. Al-Fatihah,” tulis Mimi lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mimi Fly