Pelakon dan pengacara, Riena Diana enggan terlalu mendesak teman lelakinya yang juga merupakan pelakon, Keith Foo untuk mendalami tentang agama Islam sebaliknya, dia mahu perkara tersebut datang secara semula jadi.
Menurut Riena, Keith sebenarnya sudah biasa berhubung dengan masyarakat Islam sejak kecil lebih-lebih lagi apabila ada ahli keluarganya juga yang sudah pun memeluk Islam.
“Kami jarang bercakap sangat tental hal ini. Namun, kami berdua sedar tentang hubungan yang berbeza agama. Sebelum hubungan kami ke arah yang lebih serius, itu yang kami bincangkan dahulu.
“Sepanjang perkenalan kami, saya melihat Keith ini sudah biasa berkawan dengan orang-orang Melayu. Jadi, setakat perkara-perkara asas, dia memang sudah tahu. Jadi, saya seperti tiada masalah sangat.
“Saya juga nampak Keith ini mempunyai keinginan sendiri untuk belajar. Kerana itu juga saya tidak akan terlalu mendesak. Kakak dan abangnya juga adalah Muaalaf. Jadi, ia bukan satu yang asing.
Ads
“Perkara seperti ini tidak boleh dibuat-buat, ia akan datang sendiri. Hidayah itu datang daripada Allah. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Keith,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Salju Rindu Di Bumi Auckland itu berkata sedemikian ketika ditemui di
majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36, baru-baru ini.
Pada masa sama, Riena akui teruja melihat kesungguhan Keith untuk mendalami ilmu agama dengan usahanya sendiri.
Ads
“Ada kalanya, dia bagitahu saya yang dia ada mendengar khutbah. Dia akan kongsikan isi khutbat itu. Mulanya saya pelik, kenapa dengar khutbah hari-hari? Khutbah selalunya hari Jumaat.
“Rupa-rupanya, pada dia, setiap ceramah itu adalah khutbah. Saya melihat situasi itu sangat comel. Dia ada inisiatif untuk mendalami agama.
“Baru-baru ini, umat Islam menyambut Maulidur Rasul. Dia ada bertanya, pada hari ini, biasanya orang Islam buat apa? Jadi, Keith sendiri yang memutuskan untuk bersedekah di masjid,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perancangan berumah tangga, Riena memaklumkan dia dan Keith kini masih mahu memberikan fokus terhadap kerjaya.
Ads
“Setiap orang pasti nak berumah tangga. Bukan saya tidak merancang tapi hubungan saya dan Keith masih baharu. Kami mahu fokus kerjaya dahulu. Seperti sekarang, saya diberi peluang untuk mengacarakan ABP.
“Keith nak saya terbang tinggi. Begitu juga saya. Ada banyak lagi perkara baharu yang Keith ingin ceburi,” akhirinya.
Terdahulu, Riena bakal menggalas tanggungjawab untuk mengemudi rancangan Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-35 bersama dua orang lagi rakan pengacara iaitu Didie Alias dan Hanif Hamzah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sememangnya kota metropolitan Jakarta terkenal dengan kesesakan lal lintas yang teruk. Kejadian tular ini berlaku pada bulan Ramadan yang lalu ketika kesesakan lalu lintas akibat orang ramai bersesak ingin pulang berbuka puasa.
Tindakan seorang pembonceng wanita yang membaca al-Quran menarik perhatian orang ramai, bahkan menjadi tular di media sosial.
Foto berkenaan diambil dan dimuat naik oleh seorang individu ke dalam Instagram dengan kapsyen,
“Jadi ceritanya barusan lewat Pondok Indah. Harusnya yang bawa motor itu ibu itu dan yang jadi penumpang bapak itu. Mungkin karena simpati, jadi bapak itu yang bawa motor dan ibu ojeknya jadi penumpang. Sepanjang jalan dari Poins Square ke Gandaria City saya lihat ibu itu terus saja baca Quran. MasyaAllah masih ada orang2 seperti mereka. Hebat.”
Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum melihat kesungguhan wanita itu mencari rezeki, namun tidak lupa untuk beribadah. Malah ada yang bukan beragama Islam turut kagum dengan wanita tersebut.
Dikhabarkan, wanita di dalam foto itu dikatakan seorang penunggang Grab Motosikal dan telah mengambil seorang penumpang di Pondok Indah di Jakarta.
Namun, simpati dengan wanita berkenaan, penumpang berkenaan telah menunggang motosikal tersebut dan wanita yang berkerja sebagai penunggang Grab itu diminta membonceng.
Wanita berkenaan itu pula mengambil kesempatan kesesakan di jalan raya dengan membaca al-Quran lantas diberi pujian oleh para netizen.
Dalam keadaan lalu lintas yang sesak itu tiada apa yang dapat menghalang wanita berkenaan membaca al-Quran.
Tindakan wanita itu sekaligus melahirkan keinsafan oleh kerana sesibuk mana pun pekerjaan seseorang itu, ianya tidak harus dijadikan alasan beribadah dan mencari pahala teutamanya di bulan Ramadan, bulan yang mulia.
Sumber : Instagram dramaojol.id
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemunculan figura isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kembali menjadi perhatian ramai pada pagi Selasa apabila diminta hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes melibatkan SRC International Sdn Bhd.
Selain mengikuti perkembangan isu berkenaan, nampaknya netizen Malaysia turut ‘berminat’ untuk mengetahui apakah jenama beg tangan yang dibawa bekas wanita pertama itu sewaktu hadir memberikan keterangannya ke suruhanjaya berkenaan.
Tular menerusi media sosial, ada netizen mendakwa beg rona merah cili yang dijinjit Rosmah adalah beg dari jenama antarabangsa, Gianni Versace berdasarkan rekaan dan bentuknya.
Difahamkan, harga beg berkenaan dianggar bernilai sekitar RM5,000, seperti mana yang dilihat menerusi paparan foto perkongsian di Twitter.
Menerusi posting berkenaan, Rosmah dikatakan menggunakan beg tangan dari jenama pereka asal itali itu yang berharga RM5,026.
Lebih menarik, koleksi yang dilancarkan sempena koleksi Musim Luruh 2013 itu turut menampilkan model terkenal Britain, Kate Moss untuk kempen jenama tersebut.
Dalam serbuan pihak berkuasa beberapa minggu lalu, lebih 280 kotak yang dipercayai berisi koleksi beg tangan mewah jenama mewah telah dirampas dari kondominium Pavilion Residence.
Hasil rampasan lain yang dirampas termasuk 72 beg berisi wang tunai pelbagai negara,jam tangan serta beberapa item berharga lain.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya, beberapa hari yang lalu.
Menerusi posting tersebut, Che Ta telah berkongsi gambar dia bersama suaminya, pelakon Zain Saidin berserta kapsyen yang romantis.
“Suamiku mungkin tidak sempurna, tapi dia sangat sempurna di mataku.cewahhhhh .. Tak salah puji laki sendiqi, jangan dok puji laki org sudah ..
“kdg org pompuan ni , mula2 dia puji laki org tu ,paih tu dia ngap kt dia .#salamjumaat @zainsaidin23,” tulisnya.
Lantas, perkongsian ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mendapat perhatian daripada peminat.
Malah, peminat juga turut bersetuju dengan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon berusia 46 tahun itu.
Untuk rekod, Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama Zain pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014.
Foto : Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!