Sudah melayari bahtera perkahwinan selama sembilan tahun, pelakon dan pengacara Azad Jazmin memuat naik gambar throwback selepas pernikahan.
Malah, kelihatan juga inai masih merah di jari Eira Syazira, Azad bersyukur kerana kehidupannya kini semakin bahagia dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
“Throwback. Masa mula2 nikah 9years back. How fast time flies. Now dah ada 3 anak dara but still rasa mcm zaman kami dok sakan bercinta dulu. Alhamdulillah,” tulis Azad.
View this post on InstagramA post shared by PakAzad™️ (@azadsyazirarose) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga akhir hayat.
View this post on InstagramA post shared by PakAzad™️ (@azadsyazirarose) on
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang anak, Amarra Sofea Rose,4, Ameisya Leann Rose,2 dan Areisya Suri Rose, 1 tahun 8 bulan.
Foto : Instagram Azad Jazmin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Dapat Semua Bukti, Saya Terus Hubungi Syamsul,” – Puteri Sarah Tetap Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar
Pelakon Puteri Sarah Liyana tetap meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
Menurut Puteri Sarah, dia telah menyatakan perkara tersebut kepada Syamsul Yusof dan bekas suaminya itu menyerahkan kepada dirinya untuk mengambil tindakan yang dirasakan wajar.
“Saya dapat tahu segala info tentang wanita berkenaan yang masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah.
“Bila berlaku pada hari itu saya tertanya-tanya kenapa perkara ini tak habis-habis lagi. Saya tak kacau awak, awak pun janganlah kacau saya.
“Bila saya tengok apa yang dia tulis bukan sahaja melibatkan saya tetapi turut membabitkan keluarga saya dan juga Syamsul.
“Bila saya dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat ni? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang pula ada masalah dengan kita.
“Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya.
“Jadi Syamsul kata pada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat. Saya okay sahaja”, katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menambah, dia telah menghubungi bekas bapa dan ibu mentuanya untuk menjelaskan tentang perkara sama.
“Mereka juga kesian dengan saya dan mahu saya menjalani kehidupan dengan tenang. Mungkin ada yang kata saya ni tak habis-habis dengan isu ini, tetapi saya berharap biarlah ini yang terakhir.
“Saya juga sudah penat. Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula. Saya tarik saman terdahulu kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing.
Tetapi bila semuanya telah selesai, timbul pula isu ini.
“Saya tak balas pun mesej dia. Biarlah pihak peguam saya yang uruskan. Jika kami terus bercakap secara peribadi, takut timbul hal lain pula”, katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah bakal muncul dengan teater muzikal kanak-kanak, Pak Pandir Dan Labu Ajaib terbitan JN Studios & Entertaiment.
Naskhah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 15 Oktober depan itu turut dibintang Janna Nick, Bell Ngasri, Noreen Iman, Aya Amiruddin, Naque Ariffin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Kurang Senang, Ia Privasi,” – Rakan Tak Sengaja Viralkan Video Rumah Mentua, Ini Reaksi Marsha
Baru-baru ini, tular di media sosial sepotong video yang memaparkan kemegahan dan kemewahan rumah yang didiami penyanyi, Marsha Milan.
Video tersebut difahamkan telah dimuat naik oleh rakannya segali gus mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.
Menurut Marsha, dia sendiri tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga ada yang menyifatkan dirinya sebagai riak.
“Saya sebenarnya kurang senang video itu dikeluarkan. Bagi saya, rumah merupakan ruang peribadi. Kalau saya kongsi di media sosial pun, saya tak tunjuk sangat keadaan rumah.
“Ditambah pula dengan zaman media sosial, kita risau kalau ada apa-apa berlaku. Itu adalah rumah keluarga dan bukan rumah saya sendiri.
“Tiada istilah pun nak mengatakan saya kaya. Saya perasan video itu tular tapi saya tak nak cari tahu lebih mendalam lagi,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Kembali Terang itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Meet And Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlansung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam pada itu, Marsha turut menjawab persoalan ramai mengapa dia memilih untuk tinggal bersama keluarga mentua selepas mendirikan tumah tangga.
“Saya pun tak jangka akan duduk dengan keluarga mentua selepas berkahwin.
Kalau saya dan suami sahaja tinggal di rumah itu, rasanya kami akan sunyi.
“Duduk beramai-ramai ini juga menyenangkan sebab kalau ada apa-apa, saya suka kalau ada orang di rumah. Kalau saya pergi outstation, saya tahu suami saya dalam keadaan baik.
“Ada kalanya saya risau kalau dia berseorangan di rumah. Duduk dengan keluarga juga ada hikmahnya.
“Mungkin ramai yang tak biasa tinggal dengan mentua. Ada boleh terima dan ada yang tidak.
“Tapi saya okay dan selesa. Ibu pula tinggal seorang. Jadi kami boleh sama-sama jaga,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Marsha turut memaklumkan dirinya akan lebih berhati-hati untuk berkongsi perkara privasi kepada umum.
“Selepas ini, saya akan lebih berjaga-jaga tapi kita pun tak boleh nak halang tindakan orang. Saya tahu video tersebut dirakam tapi saya tak tahu ia akan pergi sejauh ini.
“Suami saya kata, kalau boleh selepas ini, jangan sampai bagi orang naik atas. Kalau di dapur, okay lagi. Ini adalah pengajaran buat saya. Tak semua perkara boleh dikongsikan.
“Kawan saya pun tidak sengaja. Dia juga tak tahu akan jadi hal seperti ini. Pengurus saya dah minta video tersebut diturunkan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sembilan Bulan Bergelar Isteri, Raja Ilya Hitung Hari Bakal Anjur Majlis Resepsi
Mendirikan rumah tangga bersama ushawan kacak warga Australia, Garrett Trent pada 28 Disember lalu, pelakon cantik Raja Ilya kini sedang menghitung hari untuk meraikan status barunya itu bersama sahabat handai menerusi sebuah majlis resepsi.
Majlis yang bakal dilangsungkan di sebuah lokasi di Subang itu difahamkan bakal dihadiri ahli keluarga, sahabat handai serta rakan selebriti jemputan.
Menerusi entri terkininya di Instgaram, pelakon filem Papadom ini turut berkongsi sedutan video yang merakamkan dirinya mengenakan persalinan gaun pengantin nan menawan.
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Terdahulu, majlis akad nikah aktres berdarah kacukan Melayu, Arab dan India ini hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan diadakan di tanah tumpah suami.
Pasangan sama cantik sama padan itu mendirikan rumah tangga selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta.
Foto: Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI