Bekas penyampai berita dan hos, Saiful Nizam menitipkan doa dan kata-kata semangat buat rakan seperjuangan di The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) yang menerima surat pemberhentian hari ini.
Tulisnya di laman Instagram, rezeki di dunia terlalu luas untuk diterokai dan jangan sesekali mudah mengalah dengan dugaan yang datang.
“Hidup ni tak semuanya indah! Tak semudah yang disangka.
“Kadang2 geloranya terlalu deras utk kita harungi! Kekadang ia setenang air di kali.
“Bangun! Tempuhinya sehabis daya sbb janji Allah itu pasti bg mereka yang berusaha.
“Buat rakan2 ku di Media Prima! Insya’Allah dunia Allah ini terlalu luas. Jangan mudah mengalah & teruskan daya sementara hidup yang masih ada.
“Moga dipermudahkan urusan kalian smua kerana Allah tu sebaik2 perancang,” tulisnya.
Sekadar makluman, seramai 543 pekerja syarikat The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) terlibat dalam keputusan pemberhentian membabitkan tempoh perkhidmatan berakhir 12 Mac 2020.
Foto : Instagram Saiful Nizam