Berfalsafah menggambarkan kehidupan sebagai air kopi kosong tanpa gula, ulas Sharnaaz Ahmad, dugaan dalam hidup sebenarnya banyak manfaat.
Malah ada kalanya kita rindukan kepahitan dan hikmahnya kemanisan yang hadir lebih bermakna.
“Hidup ni macam kopi o kosong tanpa gula.. Pahit likat, nak telan pun senget muka.. tapi bila dah selalu telan, rasa rindu dgn pahit itu.. begitulah kehidupan.
“Dugaan yg pahit sebenarnya banyak manfaat.. Jadi lebihkan pahit dalam kehidupan, supaya bila kemanisan yg hadir nanti lebih bermakna.. happy weekend sahabat hamba yg mulia semua,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on
Perkongsian bermakna ini turut mendapat respon pelbagai netizen di ruang komen.
Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rihanna Diangkat Sebagai Wira Negara Kelahirannya, Barbados
Barbados merupakan sebuah negara yang merdeka pada tahun 1966 menyaksikan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Namun begitu, pada 30 November 2021, satu transisi telah berlaku yang mana negara kepulauan itu telah secara rasminya menjadi sebuah negara republik dan menyingkirkan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara.
Seiring dengan perubahan ini, Gabenor General ke-8 Barbados, Dame Sandra Mason telah mengangkat sumpah sebagai presiden negara tersebut yang pertama setelah memperoleh undian majoriti menerusi sidang parlimen.
Selain kehadiran Putera Charles yang mewakili bondanya, menarik tentang majlis yang diadakan untuk transisi Barbados dari sebuah negara raja berperlembagaan kepada republik adalah kehadiran bintang terkenal, Rihanna.
Untuk pengetahuan pembaca pemilik nama penuh Robyn Rihanna Fenty ini merupakan anak jati Barbados yang berasal dari daerah Saint Michael. Walaupun sudah mendunia, Rihanna sangat dikenali sebagai seorang selebriti yang bangga dengan asal usulnya.
Dalam majlis bersejarah itu, pelantun lagu Unfaithful ini telah diangkat sebagai ‘national hero’ atau wira negara ke-11 Barbados yang membawa gelaran The Right Excellent.
Sebelum ini pada tahun 2018, dia sudahpun diangkat sebagai duta negaranya yang berperanan mempromosikan pelancongan, pendidikan dan pelaburan.
Perdana Menteri negara itu, Mia Mottley berkata, “Bagi pihak negara yang bersyukur, tetapi rakyat yang lebih bangga, kami mempersembahkan kepada anda calon wira negara Barbados, Duta Besar Robyn Rihanna Fenty. Semoga kamu terus bersinar seperti berlian dan membawa kehormatan kepada bangsamu dengan tingkah lakumu, dengan perbuatanmu dan dikenali ke manapun kamu pergi.”
Seiring dengan penganugerahan ini Rihanna menjadi wanita kedua dalam sejarah negaranya menerima gelaran tersebut dan kini antara dua penerima yang masih hidup membawa gelaran itu selain dari Sir Garfield St Auburn yang kini sudah pun berusia 85 tahun.
+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Terlibat Di Belakang Pentas Pun Ramah Belaka,” – Sabronzo ‘Steady’ Buat Catwalk, Stail Habis!
Penyanyi Sabronzo daripada kumpulan pop wanita, Dolla mengakui dia teruja meski pada awalnya gementar ketika pertama kali terlibat di pentas peragaan di Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFW) di Pavilion, Ahad lalu.
Tampil tersendiri sebagai antara ‘muse’ koleksi Noir dari Neonate Cloting, Sabronzo turut menyifatkan peluang tersebut sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.
“Banyak tekanan, tetapi akhirnya ia menyeronokkan. Malah model dan artis lain yang terlibat di belakang pentas pun ramah belaka. Pengalaman yang bagus.
“Malah saya sangat terharu apabila rakan-rakan lain turut hadir dan memberikan sokongan,” katanya.
Ditanya sejauh mana sokongan sesama ahli kumpulan akan berterusan terutamanya dalam soal kerjaya seni, Sabronzo mewakili Dolla akui bukan hal mudah untuk terus kekal bersama, namun mereka cuba pertahankannya.
“Kami sedia maklum bahawa tiada kumpulan pop wanita yang mampu untuk kekal selama-lamanya. Masing-masing akan ada misi dan impian untuk mencapai apa yang diinginkan.
“Akan tetapi impian kami pada ketika ini ialah cuba pertahankan Dolla selama yang mungkin seterusnya dapat capai impian kami yang tertinggi,” katanya.
Atas pelbagai kejayaan yang diraih, Dolla yang kini tampil dengan single Berani juga bersedia sekiranya semua gerak-geri diperhatikan, termasuk soal peribadi.
“Kami sudah boleh jangka perkara sedemikian akan berlaku pada awal-awal Dolla ditubuhkan lagi. Kami rasa okay saja sebabnya kami pun tiada perkara yang ingin disorokkan pada peminat.
“Kami jenis yang ‘real’. Apa yang ditonjolkan di media sosial, itulah diri kami yang sebenarnya. InsyaAllah tidak akan sorok kalau ada teman lelaki misalnya. Cuma belum ada (teman istimewa), jadi belum tahu bagaimana,” jelas Dolla.
Selain Sabronzo, koleksi 30 rekaan itu yang turut disokong Kamya Glow dipersembahkan oleh barisan ‘muse’ lain iaitu Namron Abdul Latif Romly, Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek Bosco dan Aidil Maula.
Kerjasama ini dilihat selari dengan matlamat yang mana kecantikan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman selain menyokong semangat ‘support lokal’.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Endah Rayuan Kanye West, Kim Kardashian Muat Naik Gambar Bersama Kekasih Baharu Buat Pertama Kali Di Instagram
Kisah perceraian di antara Kim Kardashian dan Kanye West menjadi satu berita hiburan paling popular tahun lalu. Kim dilihat sudah move on bersama dengan kehidupannya namun sebaliknya dengan Kanye.
Walaupun dikatakan sudah memulakan cinta baharu dengan wanita lain, namun perhubungannya menjadi bualan hangat kerana kekasihnya dilihat seperti cuba meniru gaya dan juga cara pemakaian bekas isterinya.
Sebelum ini, Kanye menghantar trak berisi bunga ros kepada Kim Kardashian dan menulis lirik seolah-olah berbaur ugutan kepada kekasih baharu Kim, Pete Davidson menerusi lagu baharunya, City of Gods. Sikapnya ini menuai kecaman ramai.
Walaupun begitu, Kim langsung tidak tergugat ataup melayan kerenah Kanye yang terlihat tidak matang itu. Sebaliknya dia terus memandang ke hadapan untuk menjalani hari-hari mendatang dengan kekasih baharunya.
Terkini, Kim secara rasmi telah memuat naik gambarnya bersama Pete Davidson di Instagram. Hantaran tersebut setakat beriota ini ditulis menerima lebih tiga juta tanda suka. Dalam siri gambar yang dimuat naik itu, terselit gambarnya yang dilihat sedang memangku Pete dan juga adegan swafoto bersama.
Foto-foto ini dimuat naik setelah dia disahkan secara rasmi sudah tidak berpasangan oleh mahkamah. Walau bagaimanapun kes persecaraian di antara dia dan Kanye masih lagi diteruskan.
BACA JUGA: “Rancang Untuk Terus Berjumpa,” – Kim Kardashian Rasmi Bercinta Dengan Pete Davidson
Baru-baru ini, Kardashian berkongsi kepada Variety bahawa dia merancang untuk berkongsi kisah bagaimana dia dan Pete Davidson mula-mula bertemu dan butiran tentang hubungan mereka dalam siri The Kardashians yang akan datang.
“Saya belum membuat penggambaran dengannya, dan saya tidak menentangnya. Cuma perkara itu bukan apa yang dia lakukan,” kongsinya.
Kim Kardashian memiliki empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama Kanye West. Manakala, Pete pula tidak pernah berkahwin namun pernah bercinta dengan personaliti popular seperti Kate Beckinsale, Arian Grande dan Kaia Gerber.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Kim Kardashian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI