“Hijab Ini Bukan Sesuatu Yang Dipaksa, Tapi…,”- Erra Fazira Perjelas Isu Minta Anak Pakai Hijab

Share

Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek telah ditemubual MH ketika majlis pelancaran koleksi hijab eksklusif The Primadona Series Erra Fazira, pada Khamis.

Selain bercerita mengenai sisi kerjayanya, MH turut bertanyakan perihal didikan dalam hal pemakaian hijab terhadap anak tunggalnya, Engku Aleesya.

“Hijab ini bukan sesuatu yang dipaksa tapi kita kena fahamkan dia, macam Aleesya tak dinafikan saya pernah bertanya Aleesya nak tak pakai tudung,

“Lepas tu dia kata sekarang ke? Aleesya ada menjawab yes I want but not now, so kita menghormatilah tapi tak apa lama-lama kita bagi dorongan kepada dia,

Tambahan lagi, Erra turut berkata dia bukanlah seorang ibu yang suka memaksa anaknya.

Akan tetapi dia akan perlahan-perlahan memberikan nasihat dan dorongan kepada Aleesya dalam mendidik anaknya.

“Saya tak nak lah macam paksa, okey lepas ni you kena pakai tudung tak boleh lah nanti lain jadinya,”kongsi Erra sambil berseloroh.

Terdahulu, Erra diundang khas ke sebuah majlis pelancaran koleksi hijab eksklusif The Primadona Series Erra Fazira yang telah berlangsung di The AmeSoeur, Bukit Jalil.

Ini merupakan sebuah kolaborasi kali pertama oleh syarikat tudung terkenal, SOFEAROSE bersama penyanyi Jendela Hati itu.

Published by
Nazar Rafiqhi