Pelawak dan penyampai radio, Issey akui khilaf dan memohon maaf kepada warganet atas isu gurau kasar terhadap pelawak serta pengacara, Shuk Sahar dalam program I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) yang ditayangkan di TV3, baru-baru ini.
Menerusi salah satu segmen di dalam program hiburan terbabit, Issey mengeluarkan ayat ‘awak pernah curang saya tak pernah’ yang ditujukan pada Shuk sebagai balasan gurauan kepada dirinya.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata, dia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat itu secara terbuka apatah lagi pada program yang ditayangkan di TV.
“Rakaman program itu pada April lalu. Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, malah kalau kami bergurau pun agak kasar. Saling membahan. Itu saja.
“Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu. Malah jauh sekali nak menjatuhkan maruah dia. Begitu juga dengan Shuk. Cuma, memang itu cara gurauan kami selama ini.
“Namun, diakui perkara ini salah kerana saya bergurau di tempat awam dan ia tidak sesuai. Jadi, saya nak minta maaf kepada warganet sebab ini tidak patut berlaku. Sepatutnya guraun seperti ini tidak patut dibuat secara terbuka,” katanya.
Bintang berusia 34 tahun itu berkata demikian kepada Harian Metro. Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shuk.
“Dari dahulu sampai sekarang saya dan Shuk okay, kami tidak pernah ada masalah. Malah, ketika rakaman dijalankan pun kami siap melawak lagi. Selepas itu pun kami ada berjumpa.
“Sehinggalah episod ini ditayangkan dan ia menjadi tular. Saya pun terus menghubungi Shuk dan minta maaf atas apa yang berlaku. Tidak menjangka perkara ini menjadi isu tapi dia kata okay saja,” katanya.
Lalu Issey berharap agar netizen tidak lagi memperbesarkan perkara itu.
“Saya harap dengan penjelasan ini semua faham dan ambil maklum. Tidak ada lagi komen yang bukan-bukan ditujukan pada saya atau Shuk. Lagi pula saya pun sudah minta maaf pada Shuk.
“Secara peribadi, saya menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.
Sebelum itu, Shuk memuji kesetiaan Issey terbabit dalam program ICSYVM dan sudah menunjukkan satu perubahan ketara pada dirinya.
“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih sebab awak tunjuk setia dengan program ini dan buat dua perubahan sejak datang sini. Sebelum ini duda, sekarang suami orang,” katanya.
Namun, selepas itu suasana bertukar menjadi riuh-rendah dengan pujian tambahan oleh Issey secara seloroh.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Pelakon, Shima Anuar ada berkongsi sekeping foto yang menperlihatkan perbezaan berat badannya sewaktu mengandungkan anak pertama dan kedua.
Kedua-dua foto tersebut diambil ketika usia kandungan mencecah 32 minggu. Lalu, menerusi ruangan kapsyen, bintang Highland Towers itu meminta peminat untuk berkongsi apa yang ingin disampaikannya.
“Maksudnya apa..? Sila comment mitos, fengsui, ramalan anda dibawah. Kita lihat siapa yg kena,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan tanda palang #justforfun #janganserioussangat.
Penyanyi Haida Hasnan mengakui hidupnya sudah lengkap dengan kehadiran tiga anak lelaki di sisi sejak berpisah dengan bekas suami kira-kira lapan tahun lalu.
Haida atau nama sebenarnya, Siti Haida Hasnan, bagaimanapun menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
“Setakat ini saya masih selesa begini. Mungkin proses kehidupan itu membuatkan saya sudah terbiasa. Bila kita ada anak-anak yang semakin membesar, kita bahagia gembira dengan mereka.
“Saya okay sahaja. Bagaimanapun soal jodoh kalau ada, adalah. Anak-anak pun memahami,” katanya kepada MH.
Menetap di Melaka sejak mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada bisnes, Haida kini komited menguruskan bengkel kereta yang dibuka sejak beberapa tahun lalu.
Mengulas mengenai bengkel kereta yang diusahakan bersama kenalan itu, Haida yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) bersyukur kerana bisnes berkenaan kini berjalan dengan baik.
“Kalau nak diikutkan memang sudah lama saya tidak menyanyi secara serius. Pada tahun 2017, saya sebenarnya sudah setkan diri untuk beralih ke bidang perniagan. Saya fikirkan soal umur ketika itu.
“Terfikir sampai bila nak menyanyi memandangkan kita tiada lagi sumber rezeki tetap yang lain. Tiba-tiba rasa terdetik, apa akan jadi sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari. Sekali kita dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu.
“Jadi dalam tempoh tiga tahun sebelum pandemik, alhamdulillah saya banyak belajar mengenai dunia perniagaan dan bergerak sendiri. Saya ada cuba buat katering, uruskan majlis dan terakhir saya buka bengkel.
“Syukur sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), hanya bisnes bengkel yang bergerak dan progresnya kini berjalan dengan baik, syukur,” katanya.
Ditanya mengapa memilih bidang tersebut sebagai sumber pencarian yang sinonim didominasi kaum lelaki, Haida percaya kepada rezeki.
“Saya tiada sebab spesifik sebab utama buka bengkel. Masa itu kereta asyik rosak hingga kerap masuk bengkel. Kemudian saya kenal dengan beberapa mekanik lalu tercetus idea untuk buka bengkel sendiri.
“Tapi sebelum ini kalau setakat kerosakan minor, saya baikinya sendiri sahaja. Bengkel saya ada tiga mekanik dan terletak di Taman Kota Laksamana. Cuma bila saya fokus kepada GV9, ia diuruskan oleh mekanik senior yang dipercayai,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Britney Spears remained the princess of Pop!
Bergelut dengan masalah keluarga, kisah cinta yang kandas dan kesihatan mental, tidak pernah menjadikan penyanyi yang digelar Princess...