Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil memberikan reaksi selepas ditanya warganet mengenai tips yang diamalkan bagi mendapatkan bentuk badan ideal sejurus melahirkan anak sulung 15 Disember lalu.
Menerusi perkongsian melalui Ask Me Question, Intan menjelaskan walaupun pergerakannya kini agak terbatas namun, dia berusaha untuk melalui proses berpantang dengan sebaiknya.
“Sejujurnya, tak banyak perkara yang boleh saya buat ketika berpantang. Apatah lagi nak bersenam sebab saya bersalin secara pembedahan.
“Saya sedang perlahan-lahan berusaha untuk turunkan berat terutamanya di bahagian muka,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Racun Rihanna ini juga memaklum dirinya ada mengamalkan pengambilan jus sebagai usaha untuk menurunkan berat badan.
“Bagaimanapun, ini sahaja yang saya buat ketika berpantang iaitu pada waktu pagi, saya akan ambil satu sachet Berryfull dan segelas jus kuyit.
“Petang, segelas jus saderi,” kongsinya lagi.
Susulan itu, Intan berjaya berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa sebulan.
“Dari 65kg ke 50kg. Dalam masa sebulan. Jadi raya nanti target nak dapat (berat) 45kg,” jelasnya.
Terdahulu, Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.
Intan melahirkan cahaya mata pertama yang diberi nama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.