Nama Raja Farah Raja Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Raja Fara, bukan lagi nama yang asing dalam industri seni apabila penglibatanya sekitar awal tahun 2000 berjaya melonjakkan namanya buakn sahaja dalam dunia lakonan malah pengacaraan dan juga model.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Raja Farah sudah membintangi banyak drama dan filem. Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Sal dan Aku Masih Dara.
Namun, kini nama Raja Farah seolah lenyap dan terus sepi dari dunia hiburan tanah air, apakah puncanya? MH pasti Raja Farah punyai alasanya tersendiri mengapa dia kini tidak lagi aktif dalam industri seni.
Punca Kerjaya Seni Raja Farah ‘Berkubur Tanpa Nisan’
Antara rakan artis seperjuangan dan melonjak populariti pada era itu ialah Diana Amir dan Yana Samsudin.
Bagimanapun, seiring meningkat usia, kesemua selebriti wanita ini berubah selepas mendirikan rumah tangga. Nama Raja Farah juga seolah lenyap dan terus sepi dari dunia hiburan tanah air.
Ads
Raja Farah Kini Bahagia Di Samping Keluarga!
MH tumpang bahagia tengok kehidupan Raja Farah sekarang. Tak dinafikan, lama tak nampak kelibat aktres ini di kaca televisyen mahupun majlis-majlis hiburan. Sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan.
Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga. Kini tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.
Ads
Untuk rekod, Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun. Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Empat anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham, Intan dan bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan pada 9 Jun lepas yang menjadi pelengkap hidup Raja Farah dan suami untuk memiliki empat cahaya mata.
Ads
Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Moga segala urusan Raja Farah dan rumah tangga bersama suami kekal bahagia hingga ke syurga.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon dan penyanyi, Nazim Othman ada berkongsi mengenai fasa hitam yang pernah berlaku di dalam hidupnya, sekitar empat tahun lalu.
Dia berkongsi kisah mengenainya menerusi posting instagtam yang dikemas kini.
Menerusi foto yang disertakan dengan beberapa sudut wajahnya, Nazim mengakui sebagai individu, kita tidak akan mengetahui tahap keberanian di dalam diri sehinggalah kita melalui fasa sukar.
“Still remember this? Masa doktor bagitau that I had a brain tumor, my world bertukar menjadi gerhana dengan serta merta.
“Takut, sedih, kecewa, pilu dan macam2 lagi menyelubungi hidup buat seketika. I redha but I refused to give up.
“After 3 hours of surgery, 14 days of hospitalisation and 100% determination to survive, Alhamdulillah, Allah makbulkan doa I. I’m a survivor.
“You don’t know how brave you are until being brave is all you got. Jangan ambil mudah tentang insurans/perlindungan takaful, get yourself protected and financially prepared,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lalu netizen turut memberikan kata-kata semangat dan dorongan buat bintang ini agar terus kuat menjalani kehidupan.
Foto: Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali, 32, mendedahkan dia dan isterinya, pelakon Shakilla Koriri, 32, sudah berpisah dan kini memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Perkara tersebut dimaklumkan Fizi menerusi satu hantaran terkini di Instagram miliknya, hari ini.
Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin bagaimanapun menjelaskan, dia dan Shakilla bersepakat untuk membesarkan anak mereka, Ameena dengan penuh kasih sayang meski kini hidup berasingan.
âAsalammualaikum semua..Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.
âWalaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi,â tulisnya.
Dia pada masa sama mengharapkan agar semua dapat menghormati atas situasi yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan buat mereka.
âKami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai disini. Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.
âInsyaAllah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua jugak.. Minta maaf dan terima kasih. 2 September 2013 – 15 December 2021,â tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut nyata mengejutkan para peminat dan rata-ratanya memberikan kata semangat buat Fizi dan Shakilla.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Tom terpaksa menyanyi sambil memegang bahagian belakang seluarnya yang hampir terlucut ketika membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9)c malam tadi.
Bagaimanapun, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, dilihat tenang sehingga akhir persembahan meski berlaku sesuatu yang tak terduga.
âSaya kalau menyanyi selalu rendahkan badan kan, tiba-tiba tu âtappâ, alamak. Kita sudah lah ada nak buat showmanship pula. Benda yang tak dapat nak elak.
âJadi daripada dibiarkan tercabut (tertanggal), kita teruskan persembahan juga. Pegang. Tapi dia mengganggu jugalah. Tercabut ketika di bahagian chorus.
âPerasaannya rasa macan tak pegang cukup kuat. Rasa macam nak cepat habiskan nyanyian. Sebab takut terjatuh seluar tu,â katanya.
Sementara itu, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir, dalam saingan minggu ketujuh itu.
Tom menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak berada pada kedudukan paling bawah dengan 55.20 peratus.
Bob Yusof pula sukses di tempat pertama, memungut markah sebanyak 85.60 peratus, disusuli Shila Amzah dengan 84.10 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...