
Bekas ratu cantik, Dr Soo Wincci berkongsi bahawa dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 2-4 KG di laman Instagramnya.
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi tips bagaimana dia berjaya berbuat demikian.
“Hilang hampir 3-4 KG dalam masa seminggu dengan hanya ‘detox’ diri sendiri menggunakan bahan-bahan mudah.
“Satu hari lagi akan capai berat badan impian = azam tahun baru pertama yang berjaya dicapai.
“Saya akan berkongsi bajet diet saya di bawah, teh mayu manis tumerik, kopi, telur rebus, kacang peas dan oren,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on
Susulan itu, dia menerima banyak respon positif daripada netizen yang turut sama mendapat inspirasi untuk ‘detox’ diri mereka.
Masuk tahun baru ini, memang kelihatan ramai yang berazam nak menjaga berat badan kan? Apa-apapun, syabas MH ucapkan buat Soo Wincci. Moga-moga ia berkekalan hingga ke hujung tahun ya.
Foto/Instagram: Dr Soo Wincci
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Segala Berjalan Lancar Ya,” – Akan Shooting Selepas Raya, Faye Kusairi Maklum Bakal Ada Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Pelakon, Faye Kusairi memaklumkan bakal menjalani pengambaran drama bersiri 7 Hari Mencintaiku musim ketiga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Khabar gembira ini telah dikongsi oleh Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Dalam pada itu, bintang kelahiran dari Miri, Sarawak ini berharap semuanya bakal berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.
“Ramai yg masih tak tahu yg kami berdua ni sebenarnya orang Sarawak. @bilazali berasal dari Kuching manakala saya berasal dari Miri.
“Kami bakal melangsungkan penggambaran 7 Hari Mencintaiku season ke 3 selepas sambutan Hari Raya tahun ini. InshaAllah. Doakan segala berjalan dengan lancar ya.
“Ada peminat 7 Hari Mencintaiku tak sini? Kalau ada, comment kat bawah
#7harimencintaiku #7harimencintaiku2 #7harimencintaiku3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk menantikan drama tersebut bersiaran di kaca televisyen.
Selain Faye, drama yang pernah mencipta ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Foto: Instagram Faye Kusairi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejak Mula Isteri Sakit, Saya Sering Terima…,” – Kalau Ada Wanita ‘Call’, Edika Yusof Bagi Telefon Biar Isteri Jawab

Pelakon senior Edika Yusof mengakui dirinya kurang selesa apabila dirinya kerap dijadikan bahan perbandingan dengan orang lain.
Ini kerana baginya, setiap pasangan berkahwin itu ada ujian yang tersendiri dan masing-masing perlu tahu tanggungjawab.
“Sebenarnya, saya tidak gemar apabila ada yang membandingkan saya dengan rakan selebriti lain. Bukan apa, saya kasihan rakan yang menjadi mangsa perbandingan. Soal setia mahupun curang bukan terletak pada rupa paras, tetapi rasa tanggungjawab.
“Cabaran sentiasa, pasangan yang berkahwin umpama dua makhluk asing yang tinggal dalam satu rumah. Tidak akan selalu sependapat dan setiap orang ada masalah tersendiri.
“Bagaimanapun, sebaiknya sah bergelar suami isteri bermakna kita harus menandatangani perjanjian berdepan dengan pelbagai dugaan hidup bersama-sama.
“Semua orang sama sahaja, cuma terserah kepada individu sama ada mahu bertanggungjawab ataupun tidak.
“Perkahwinan ibarat sebuah syarikat, sebaik sahaja bersetuju untuk membina syarikat, daripada tidak ada modal kita sama-sama membinanya hingga berjaya,” kata suami kepada Nor Hidayah Yusri ini memetik BH Online.
Terdahulu, Nor Hidayah diuji ketika melahirkan cahaya mata kedua apabila menghidap penyakit meningitis hingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan.
Sementara itu, bintang berusia 53 tahun itu menjelaskan, dia tidak pernah menyorokkan sebarang rahsia daripada pengetahuan pasangannya.
Malah, katanya, dia tidak pernah menghalang isteri daripada memeriksa telefon bimbit, lebih lagi, tiada rahsia yang perlu disembunyikan.
“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.
“Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial, tetapi saya tidak melayannya. Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya,” katanya.
Sepanjang tempoh berumah tangga, dia turut melakukan semua perkara termasuklah menguruskan perniagaan percetakan, produk kecantikan dan menguruskan anak-anak bersama isterinya.
“Kerja rumah, memasak, membeli barang, bekerja, segala-galanya dilakukan bersama. Segala kekurangan dalam diri juga diperbaiki bersama-sama.
“Jadi, tiada apa yang perlu disorokkan dengan isteri. Bukan hendak berlagak hebat, tetapi semua ini kuasa tuhan. Cuma selagi boleh elak, saya elak. Ini kerana jika kita cuba sorok sesuatu, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga,” katanya lagi.
Sementara itu bagi Nor Hidayah, tipu jika sebagai isteri tidak merasa curiga. Namun, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami kerana cukup mengenalinya.
“Edika, seorang lelaki yang sangat berterus terang. Jika ada perkara yang tidak kena, dia tidak akan menyorokkan perasaannya.
“Hendak kata tiada risau, sedikit sebanyak tentulah ada kerisauan. Cuma, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kerana amat mengenalinya. Suami tidak pandai menyembunyikan perasaannya. Jika tak suka, dia akan berterus terang.
“Jika menyampah dengan seseorang, dia juga akan beritahu saya. Suami seorang yang sangat ‘gentleman’, semua hal dikongsikan dengan saya,” katanya.
Nor Hidayah berkata, dia tahu ramai yang cuma mendekati suami ketika dirinya terlantar. Malah, ada yang menyuruh suami berkahwin lagi.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi saya tak pernah berputus asa sejak hari pertama sakit. Mujurlah, saya tidak mengalami kemurungan.
“Bagi saya, tiada masa mahu termenung dan meratapi dugaan yang berlaku, sebaliknya, saya lebih memikirkan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Memang pernah terlintas difikiran suruh suami cari pengganti, tetapi mana-mana wanita tentu sukar untuk menerimanya. Tetapi, saya hanya fikir ‘move on’ dan terima sahaja,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.
Sumber, Foto : BH Online, Instagram Edika Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Hari ‘Tinggal’ Anak Angkat, Sufian Suhami Rakam Video. Siap Main Gitar, Dodoi Anak & Ajar Berjalan!

Pada 11 September lalu, penyanyi Sufian Suhami membuat pengumuman dirinya telah mengambil seorang anak angkat, Faeq Razeeq.
Bagaimanapun, Sufian yang selesa dengan gelaran Ayah Yan mempunyai jadual yang padat sehingga terpaksa meninggalkan Faeq buat sementara waktu.
Oleh sebab terlalu rindu akan Faeq, penyanyi berusia 27 tahun itu merakam video bersama buat pertama kalinya bagi mencipta memori indah.
“First video of Ayah Yan & @babyfaeq is out! Im so excited to share our moments together.
“Lately ive been super busy with work. Kena kerja di luar negeri/negara sampai berhari-hari. Nak lepas rindu dekat Faeq pun dekat phone je.
“Bila tengok gambar, tengok video, barulah semangat sikit nak buat kerja. So tak nak membebel panjang-panjang dah.
“Korang tengok sekarang apa yang kitorang buat bila Faeq dekat rumah ayah Yan. Link ada di bio @babyfaeq,” tulisnya.
Menerusi Youtube Channel Baby Pian, video berdurasi 2 minit itu memaparkan aktiviti mereka bersama bagi mengukir kenangan indah di hari muka.
Video yang dimuat naik lewat petang semalam kini telah mendapat hampir 20,000 tontonan dan dihujani komen yang pelbagai.
Selain itu, Faeq kini memiliki 100,000 pengikut di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on
Video / Foto : Youtube Channel Baby Pian/ Instagram Faeq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI