“Hilang Ingatan Akibat Terhantuk Ketika Bermain Bola,” – Ujian Menimpa Vokalis Azarra Band, Ejai Aziz, Peminat Doa Lekas Sembuh

Share

Vokalis kumpulan Azarra Band, Mohd Azrizal Aziz atau lebih sinonim dipanggil Ejai Aziz dilaporkan telah mengalami kecederaan apabila bahagian kepalanya mengalami hentakan kuat lalu menyebabkan dirinya mengalami hilang ingatan.

Menerusi Instagram miliknya, kejadian berlaku ketika bintang muda itu sedang bermain bola sepak.

“Saya abg kepada ejai aziz, minta semua rakan2 yg mngenali adik sy ejai aziz yg kini hilang ingatan akibat terhantuk ketika bermain bola.

“Kini beliau berada di hospital sg buloh , dan ingatannya agak kritikal sy harap rakan2 yg mngenali beliau doakan smoga ingatan beliau pulih,” maklumnya di Instagram, sehari lalu.

Sementara itu, akaun rasmi kumpulan berkenaan juga turut meminta jasa baik ramai agar mendoakan kesejahteraan vokalis mereka agar kembali sembuh seperti sedia kala.

Dalam pada itu, Harry Khalifah awal semalam ada berkongsi video pendek yang antara lain bersedih atas apa ya g berlaku dan turut mendoakan agar Ejai cepat sembuh selain mengharapkan agar penyanyi itu terus kuat.

Di ruangan komen Instagram milik Ejai pula, rata-ratanya mengharapkan yang terbaik selain berdoakan agar remaja itu segera diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

 

Foto: Instagram Ejai Aziz, Azarra Band

Published by
MH