Biarpun menjalani hidup dengan sebelah kaki sejak hampir tiga tahun tapi ia sedikit pun tidak menjejaskan rutin harian bekas Ratu Cantik Columbia, Daniella Alvarez yang dilahirkan sempurna dan mempunyai rupa paras menawan satu ketika dahulu.
Malah, dia yang sebelum ini disifatkan seorang wanita ceria, suka menari dan melakukan aktiviti lasak tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk terus hidup bahagia seperti kebiasaan.
Kaki Daniella Terpaksa Di Amputasi Akibat Ischemia!
Sekadar info, untuk pengetahuan Nonarians, tanggal 14 Jun 2020 pasti menjadi detik hitam yang tidak dapat dilupakan Daniella apabila sebahagian kaki kirinya terpaksa dipotong.
Ini demikian kerana, Doktor mengesahkan bahawa Daniella menghadapi Ischemia iaitu keadaan dimana aliran darah yang tersekat untuk sampai ke bahagian organ badan.
Paling mengejutkan, hanya selepas tiga minggu menyesuaikan diri dengan ketiadaan kaki kiri, Daniella membuat kejutan kepada lebih 4 juta pengikutnya di Instagram dengan memuat naik video tarian di samping adik lelaki tersayang, Ricki Alvarez. Memang kuat semangat wanita ini!
“Difficulties don’t matter! We must be resilient in life!”
Lepas Potong Kaki, Jalani Pembedahan Buang Ketulan Di Perut Pula
Daniella dilaporkan kembali menari selepas kaki kirinya terpaksa dipotong disebabkan komplikasi pembedahan di bahagian perut. Pada Mei 2020, Daniella dikehendaki menjalani pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bahagian perut.
Menurut laporan media antarabangsa Hola!, operasi pembedahan itu bagaimanapun berlaku komplikasi apabila doktor mendiagnos dirinya mengalami Ischemia.
Rentetan itu, separuh bahagian kaki kiri hingga ke lutut terpaksa dibuang. Perkara itu didedahkan Daniella sendiri yang terbuka berkongsi keadaan kesihatan dirinya.
Sepanjang berada di hospital, dia menerima sokongan padu daripada ahli keluarga. Pastinya inilah ‘kekuatan’ sebenar Daniella dalam menempuh cabaran tersebut.
Difahamkan selain membuang sebahagian kaki kiri, pemenang mahkota Ratu Cantik Columbia 2011 dan mewakili negaranya untuk Miss Universe 2012 menjelaskan kaki kanannya ketika itu turut terjejas.
“Kaki kanan saya tidak berfungsi buat masa ini. Saya tak tahu bila ia akan kembali pulih agar saya dapat bergerak aktif semula.
Sebagai permulaan, kaki saya perlu dirangsang sensitiviti dan saya perlu belajar berjalan semula. Proses ini dianggarkan mengambil masa enam bulan dan keseluruhannya saya perlukan masa setahun untuk kembali pulih.”
Selain bergelar seorang peragawati, jelitawan berketinggian 174 sentimeter dan berusia 34 tahun ini juga merupakan personaliti televisyen.
Diuji hidup sebelah kaki, Daniella dilihat kembali aktif dengan pelbagai aktiviti. Misalnya, selain sudah berjaya jalan seperti biasa, menari, berenang dan menunggang basikal. Inspirasi!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Di kala pandemik Covid-19 melanda dunia, setiap negara memiliki cara tersendiri untuk membendung penularan virus tersebut. Salah satunya adalah dengan menutup sempadan dan juga mengenakan proses kuarantin yang ketat.
Baru-baru ini satu kontroversi telah tercetus di Hong Kong apabila pelakon Hollywood terkenal, Nicole Kidman, yang tiba di negara itu tidak menjalani proses kuarantin wajib 21 hari yang ditetapkan kerana selepas dua hari, dia sudah dilihat berada di kawasan terbuka.
Keberadaannya di sana adalah untuk menjalani penggambaran projek terbaharu yang merupakan sebuah rancangan mengenai bekas ekspatriat kaya, glamor dan mewah. Rancangan tersebut bakal disiarkan di saluran atas talian Amazon Prime.
Dalam laporan BBC News, perkara ini menimbulkan kekecohan dalam kalangan warga Hong Kong dan China dengan masing-masing cukup lantang mengkritik kelebihan yang diterima pemenang anugerah Academy itu.
Salah seorang pengguna Twitter dengan nama @WhovianBooknerd memuat naik ciapan berbunyi, “Jadi kita ada residen HK yang tidak boleh kembali kerana belum mendapat vaksinasi (dan kalau sudah mereka perlu jalani kuarantin selamadua ke tiga minggu) tetapi Nicole Kidman boleh masuk sebegini? Perkara ini menjijikkan.”
Walaupun begitu, menurut laporan NPR, Nicole sebenarnya sudah menerima kebenaran istimewa dan pengecualian dari kerajaan Hong Kong atas dasar menjalankan kerja rasmi yang sudah ditetapkan dan perkara itu penting untuk memastikan perkembangan ekonomi Hong Kong.
Perkara ini tidak disetujui banyak pihak termasuklah penggubal undang-undang.Priscilla Leung berkata, “Kes pengecualian kuarantin Nicole Kidman ini bukanlah mengenai politik, tetapi perkara ini melibatkan isu keselamatan kesihatan dan ia juga berkait dengan isu ketidakadilan.”
Isu seperti ini bukanlah isu yang boleh dipandang enteng. Soal kesihatan dan juga penularan virus seharusnya dikawal dengan rapi. Hal yang terjadi kepada Nicole ini juga menampakkan ketidakadilan kepada warga Hong Kong sendiri. Namun seperti yang sudah dijawab oleh pihak kerajaan, demi perkembangan ekonomi.
Selebriti popular Indonesia, Maudy Ayunda yang terkenal memegang watak Ainun menerusi filem Habibi & Ainun 3 telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya.
Tidak memilih individu yang sama latar dari dunia hiburan, sebaliknya wanita berusia 27 tahun ini mengambil keputusan untuk berkahwin dengan jejaka berketurunan Korea Selatan, Jeese Jiseok Choi yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di Stanford University, California.
Berkahwin pada 22 Mei 2022, Maudy Ayunda atau nama penuhnya, Ayunda Faza Mudy ini selamat dinikahkan dengan suaminya dalam satu majlis tertutup.
Meninjau ke Instagram Maudy, dia meluahkan kata indah untuk suaminya dalam satu hantaran berlatarkan suasana saat suaminya melamar. Luahnya, “Berada bersama kamu terasa seperti pulang ke rumah. Sebuah ruang yang selamat untuk saya menjadi diri saya yang sebenar. Bila kamu memohon untuk saya berkahwin dengan kamu, ia merupakan persetujuan yang paling mudah pernah saya lafazkan.
“Kamu merupakan seorang yang sangat bijak tetapi merendah diri, kamu juga merupakan seorang yang sangat menyenangkan untuk berbual. Saya selalu kagum dengan dengan tenaga yang kamu miliki. Bersamamu hidup menjadi lebih bersemangat dan masalah adalah teka-teki untuk diselesaikan bersama.”
Menurut Maudy lagi, Jeese Jiseok Choi atau lebih mesra dipanggil Jesse sudahpun berpindah dari Amerika Syarikat untuk menetap di Jakarta Selatan untuk membina hidup baru bersamanya.
Berpindah tujuh bulan sebelum melangsungkan perkahwinan, Jesse telah mempelajari selok belok kehidupan di Indonesia. Daripada mempelajari budaya serta adat resam, memandu kereta di bahagian kiri jalan dan belajar bahasa Indonesia
“Kami sentiasa tahu kami mempunyai soalan besar untuk dijawab. Dua bulan sebelum tamat pengajian, kamu memberitahu saya yang kamu akan berpindah ke Jakarta. Ini adalah selepas berkali-kali perbincangan yang sukar. Kamu berkata yang terbaik, sesetengah perkara yang patut diperjuangkan,” ucap Maudy memberi penghormatan buat suaminya.
Selain lakonan, Maudy juga merupakan seorang penyanyi berbakat. Dia yang memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak berusia 11 tahun bukanlah calang-calang orangnya.
Sebelum melanjutkan pelajaran di Standford Universiti dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan & Pendidikan, dia terlebih dahulu bergelar graduan dari Oxford University dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Filosofi, Politik dan Ekonomi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kali terakhir album baharu dilancarkan penyanyi bersuara emas ini adalah pada tahun 2015. Kini setelah enam tahun, dia akhirnya melancarkan lagu terbaharu, Easy On Me pada 15 Oktober yang lalu. Lagu tersebut antara lagu yang dimuatkan di dalam album baharunya ‘30’ yang dijangka menemui peminat muzik antarabangsa pada 19 November akan datang.
Sepanjang enam tahun sejak album akhirnya dipasarkan, pelbagai tragedi dan peristiwa yang terjadi di dalam kehidupan penyanyi ini. Paling tidak boleh dilupakan semestinya kisah perceraiannya dan juga perubahan fizikal yang ketara. Dikatakan, kisah tersebut menjadi inspirasi bagi lagu terbaharunya ini.
Tahun demi tahun, penantian peminat akhirnya berbaloi apabila single pertama dari album baharunya diperdengarkan kepada umum. Apa yang boleh penulis katakan, Adele masih memiliki aura yang sama setiap kali albumnya dilancarkan. Makna disebalik setiap karyanya menyentuh hati dan menusuk perasaan.
Dalam satu hantaran di Instagramnya, Adele mengatakan bahawa dia menulis tentang masa yang paling bergolak dalam hidupnya dan telah belajar mempelajari banyak kebenaran yang menyesakkan tentang dirinya selama ini.
Kini sejak dilancarkan muzik video Easy On Me telah menerima lebih 58 juta tontonan di saluran YouTube manakala Spotify pula telah mengumumkan yang lagu tersebut merupakan lagu paling banyak dilayar dalam masa sehari di laman penstriman tersebut. Untuk pengetahuan pembaca, sebelum ini rekod tersebut dipegang oleh BTS menerusi lagu mereka Butter.
Spotify tidak menyatakan berapa jumlah pelayar untuk lagu Easy On Me, namun lagu Butter sebelum ini menerima 11.04 juta pelayar dalam masa sehari.
Sumber: forbes.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sangka si gadis cilik yang dahulu popular menerusi saluran Disney kini bergelar antara billionaire temuda di dunia.Pelakon, penyanyi, pelabur dan usahawan, Selena Gomez...