Pelakon Johan As’ari atau nama lengkapnya, Johan Arrif As’ari ada memuat naik sekeping foto memori bersama arwah ibunya,Datin Firdaus Abdul Kader menerusi Instagram awal pagi tadi.
Sambil menyatakan situasi yang berlaku selepas pemergian ibu tercinta ke Rahmatullah, pelakon ini juga ada berkongsi beberapa momen yang berlaku dalam karier seninya.
“Setelah ibu ku kembali ke rahmatullah sekitar 2015 diri ini tak keruan waktu itu hingga terpaksa terbang ke negara jauh demi mengisi kekosongan jiwa, namun tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya dan akhirnya aku pulang semula ke tanah air dalam keadaan yang tidak cukup bersedia.
“Aku tidak dapat menjiwai watak dengan berkesan, aku hilang logik di dalam penghayatan watak, aku di gugurkan serta merta selepas bermula dua hari pengambaran, aku perlu hadir ujibakat sebuah drama di stesen tv yang pernah mengangkat aku sejak bertahun-tahun lamanya malah pernah juga diri ini di marah dan di tengking sutradara di depan khalayak kerana di anggap gagal berlakon,” tulisnya.
Bagaimanapun, kongsi Johan dia mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan dia juga percaya kepada rezeki.
“Namun, Dia sentiasa menjamin rezeki makhluk dan ternyata peluang untuk ku bangkit masih terbuka luas. Terima kasih sobat-sobat yang sentiasa memberikan sokongan mahupun mendoakan ku walau sekali.
“Bukan mudah untuk terus tabah apabila kehilangan orang yang teramat disayangi dan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dalam menjalani kehidupan di sini mahupun di sana kelak. Allahumma ameen,” kongsi Johan lagi.
Untuk rekod, ibunya meninggal dunia sekitar tahun 2015 lalu selepas dipercayai menderita kanser tulang.
Foto: Instagram Johan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI