Pelakon Noorkhiriah atau lebih dikenali sebagai Khiriah telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, Khiriah telah memberi nasihat yang sangat bermakna kepada seorang individu yang bertanya satu soalan kepadanya.
Individu berkenaan telah berkongsi tentang hal peribadinya yang telah menyebabkan kematian ibunya.
“I ada anak tak sah taraf, then mum dpt tahu..terkejut & meninggal sb frust dgn i..i rasa bersalah sgt,” tulis individu tersebut.
Lalu, pelakon berusia 40 tahun itu telah menjawab soalan individu tersebut.
“Mak akak pernah cakap kalau kita frust dengan boyfriend ke girlfriend ke still dapat ganti juga nanti.
“Tapi kalau mak hilang, hilang terus tiada ganti maka bertabahlah adik ya.
“Teruskan hidup macam biasa, jangan ulang lagi selamat hari raya,”kata Khiriah.
Di samping itu, peminat juga turut bersetuju dengan kata-kata yang telah dilontarkan oleh bintang pelakon drama Nur itu.
Semoga apa yang disampaikan oleh Khiriah boleh dijadikan sebagai pengajaran dan panduan hidup.
Foto : Instagram Noorkhiriah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI