“Hilang Mengantuk Tengok Janna,” – Support Rakan Artis, Dress Dipakai Janna Nick Di AJL37 Pancing Perhatian

Share

Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-37 kini masih terasa meskipun sudah hampir ke penghujungnya.

Malah, AJL37 terus menjadi topik hangat di media sosial.

Selain persembahan para finalis, persalinan yang digayakan Janna Nick di karpet merah AJL37 turut hangat menjadi bualan hangat netizen.

Pengacara program Famili Duo itu mengenakan gaun bergemerlapan dengan kilauan ‘blink blink’ rona perak.

Meski kelihatan seperti agak seksi jika dilihat daripada jauh, namun ia sebenarnya mempunyai meterial yang senada dengan warna kulit.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Instagram pula, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memaklumkan dirinya terpaksa pulang awal memandangkan dia mempunyai urusan kerja pada awal pagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji fesyen yang digayakan oleh Janna itu.

“Cantiknya Kak Janna.

“Tak pernah tak cantik.

“Sleep well si cantik. Mimpi indah.

“Hilang mengantuk tengok Janna.

“Style dan sangat cantik.

Sementara itu, seiring tema Dimensi Muzik, finalis dan artis jemputan turut bergaya pada segmen karpet merah pada majlis yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Karpet merah disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman, Tonton pada jam 8 malam yang dihoskan Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Janna Nick

Published by
Aizam Manaf