Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar meluahkan rasa teruja selepas berpeluang bercuti berdua bersama anak perempuannya buat pertama kali.
Menurut Lufya, anaknya itu kelihatan sangat gembira lebih-lebih lagi ketika pertama kali menaiki kapal terbang.
View this post on Instagram
“Masyallah she’s sooo happy. 1st time holiday jauh-jauh dengan mummy. 1st time naik flight tak nampak takut sikit pun cuma sakit telinga die tadi. Sampai je hotel terus ajak mummy swim,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelas Lufya lagi, segala rasa sakit dan sedih yang disimpan selama ini seakan-akan telah hilang saat melihat keriangan pada wajah anaknya.
“Seronok tengok anak happy luar biasa perasaan tu. Hilang sakit pening dan sedih mummy. Anak is a blessing.
“Semoga ibu yang belum dianugerahkan anak diberikan rezeki secepat mungkin aamin,” kongsinya.
Sementara itu, Lufya turut menitipkan doa buat mereka yang sehingga kini masih menantikan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata sulung.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat telatah anak beranak tersebut selain turut mendoakan semoga kebahagiaan mereka akan kekal sampai bila-bila.
Terdahulu, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada 17 Jun lalu.
Sumber: Instagram Lufya Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI