Sering menjadi pengubat rindu peminat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee susulan suara dan imej yang serupa dengan bintang legenda berkenaan, penyanyi Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia di Hospital Lucious, Labuan pada jam 1.30 petang tadi.
Berita mengejut ini disampaikan oleh Ruzaidi Misran, abang kandung arwah melalui satu hantarannya di laman media sosial Facebook.
Meski tidak memaklumkan mengenai pemergiaan penyanyi berusia 38 tahun itu secara terperinci, namun dia meminta ramai mendoakan yang terbaik buat Allahyarham.
“Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.
“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.
Doa dititipkan melalui ruangan komen dan ucapan pemergian daripada setiap peminat arwah yang sayu mengenangkan pemergian Allahyarham.
View this post on Instagram
“Beliau merupakan artis yang saya minati dan selalu membawa lagu-lagu Tan Sri P.Ramlee. Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Hilanglah sebutir bakat persisi P. Ramlee. Suaranya, raut wajahnya dan perwatakan. Semoga dicucuri rahmat di hari Jumaat ini.” antara komen yang di tulis warganet netizen.
Sementara itu, rakan artis seperti Farawahida turut memberikan titipan kata atas pemergiaan rakan selebritinya itu menerusi Instagram, sebentar tadi.
Imbas kembali, Fairuz Misran atau nama pentasnya Fairuz Misran merupakan anak kelahiran Sabah dan dibesarkan di Papar.
Menjadi perhatian ramai apabila rupanya yang mirip dan suara lunak seakan-akan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Facebook Ruzaidi Misran
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI