Bagi setiap insan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mahukan ikatan yang dibina berkekalan, bahagia hingga ke akhir hayat.

Menerusi entri terkini Alif di akaun Instagram, hos Big Stage itu memaklumkan hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan dia bersama isterinya yang ke-5 tahun.

Lalu, penyanyi berusia 29 tahun itu telah mengimbau kembali kenangan ketika saat dia mendirikan rumah tangga bersama isteri.

IKLAN

“Monday morning,5 years ago.. drove myself to the dewan nikah alone,but drove back with my wife by my side alhamdulillah.. we turned 5. I love you @shadilahalid .. to infinity and beyond.,” tulisnya.

IKLAN

Lalu, rata-rata peminat turut mendoakan agar mahligai cinta Alif berkekalan hingga ke akhir hayat.

Hingga Ke Jannah, Alif Satar Payung Foto Nikah, Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Kelima

IKLAN

Untuk rekod, Alif telah mendirikan rumah tangga bersama Shadila Halid pada 15 September 2014.

Foto : Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI