Pelakon, Mawar Rashid sentiasa mendoakan kebahagian berpanjangan buat abang iparnya, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Kisahnya, Mawar juga sempat muat naik foto bersama pasangan itu semasa majlis persandingan semula mereka pada Rabu.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Persandingan semula #Fazrene13. Semoga perkahwinan Balong & Kaklong sentiasa dirahmati ALLAH SWT dan berbahagia hingga ke Jannah. Amin,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mengatakan bahawa raut wajah Mawar dan Azrene kelihatan seiras.
Mawar sebelum ini berkahwin dengan adik Fazley yang juga merupakan seorang pelakon, Raf Yaakob pada November 2017. Dia kini sedang hamil anak pertama mereka.
Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulunya, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3 tahun.
Bagaimanapun, anak kepada Raf tiba-tiba meminta agar ibu dan bapanya pula yang bersanding.
Menerusi satu video yang dimuat naik pelakon drama Awak Suka Saya Tak itu di laman Instagramnya, kelihatan kedua-dua anak Raf memohon agar papa dan mummy bersanding semula agar mereka dapat menghadiri majlis tersebut.
“Ok so @raysaachanela wants me and @mawarashid to get marry again. So she and @radenrayyan can attend this time.
“Cos they didn’t attend #MawaRafReception last year. In her mind, surely that place have swimming pool and then she want to terjun blub blub blub.
“I said can, lepas your mummy Rose gave birth to your adik (10th anniversary perhaps). And then Ksya added…”But we must buy kampung first”. Puas kami pikir apa itu kampung. Rupa-rupanya, she meant CROWN,” tulisnya di kapsyen.
Alahai, terhibur betul MH dengan keluarga ini. Apa-apapun, tentunya ramai yang ingin melihat Mawar dan Raf bersanding sekali lagi di atas pelamin kan?
Foto/Instagram: Mawar Rashid & Raf Yaakob