Sejak kebelakangan ini, peningkatan gejala demam terhadap kanak-kanak sememangnya merisaukan para ibu bapa.

Memetik laporan Kosmo Online, kebanyakkan wad-wad di hospital juga kini dikhabarkan penuh berikutan peningkatan kes influenza yang ketara di beberapa buah negeri di Malaysia.

Kebimbangan ini turut disuarakan oleh pelakon, Mia Ahmad.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, pembelajaran anaknya dikhabarkan sedikit terganggu kerana terpaksa kerap bercuti berikutakan keadaan kesihatannya yang tidak menentu.

Hingus Anak Dah Hijau Pun Masih Hantar Sekolah, Mia Ahmad Kecewa Sikap Segelintir Ibu Bapa Hingus Anak Dah Hijau Pun Masih Hantar Sekolah, Mia Ahmad Kecewa Sikap Segelintir Ibu Bapa Hingus Anak Dah Hijau Pun Masih Hantar Sekolah, Mia Ahmad Kecewa Sikap Segelintir Ibu Bapa

“Demam bersilih ganti anak-anak pun. Seminggu sekolah lepastu sakit, tak pergi sekolah pula,” tulisnya.

Ads

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi menerusi sebuah hantaran di Instagram stories.

Malah, dia juga terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang masih menghantar anak-anak mereka ke sekolah meskipun dalam keadaan yang demam.

Katanya lagi, sikap mengambil mudah ini mampu memudaratkan anak-anak lain.

Hingus Anak Dah Hijau Pun Masih Hantar Sekolah, Mia Ahmad Kecewa Sikap Segelintir Ibu Bapa Hingus Anak Dah Hijau Pun Masih Hantar Sekolah, Mia Ahmad Kecewa Sikap Segelintir Ibu Bapa

Ads

“Tengok ibu bapa hantar anak-anak hingus dah hijau pun pergi sekolah. Tolong kesiankan anak-anak yang lain.

“Jangan sebab tiada pilihan nak pergi kerja kena hantar juga. Kita sentiasa ada pilihan,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap agar para ibu bapa dapat lebih peka dan tidak mementingkan diri sendiri lebih-lebih lagi bila melibatkan isu mengenai kesihatan anak-anak.

Ads

Hingus Anak Dah Hijau Pun Masih Hantar Sekolah, Mia Ahmad Kecewa Sikap Segelintir Ibu Bapa Hingus Anak Dah Hijau Pun Masih Hantar Sekolah, Mia Ahmad Kecewa Sikap Segelintir Ibu Bapa

Sekadar informasi, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut , pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa, 4 tahun dan Iris yang kini baru berusia 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad & Kosmo Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI