Pelakon Izreen Azminda memaklumkan dia tiada pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiga secara pembedahan caesarean selepas melahirkan kedua anaknya sebelum ini menerusi kaedah sama.
Menurut Izreen, 36, menerusi Kosmo!, dia dijangka melahirkan anak ketiga sekitar minggu ini atau minggu hadapan dan perkara tersebut telah diberitahu awal oleh doktor.
“Anak pertama dilahirkan secara pembedahan, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dibedah.
“Oleh sebab itu, saya juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara pembedahan juga,” kata Izreen seperti yang dipetik.
Mengakui bimbang kerana bakal melahirkan anak dalam musim pandemik Covid-19, Izreen mendisiplinkan dirinya untuk tidak keluar dari rumah selain menjalani pemeriksaan kandungan bulanan di sebuah hospital swasta.
Dia sedar akan risiko lebih tinggi terhadap wanita hamil.
Ads
“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk.
“Jadi, cara terbaik adalah fokus pada kesihatan diri dan proses bersalin sahaja. Walaupun sudah cukup dua dos vaksin, saya mengambil langkah berjaga-jaga.
Ads
“Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,” katanya.
“Bersalin ketika musim Covid-19 memang agak sukar, namun semua SOP yang dibuat adalah untuk memastikan kesihatan pesakit terjamin.
“Saya akan ditemani suami ketika bersalin dan dia perlu menjalani ujian calitan dua hari sebelum pembedahan dijalankan. Begitu juga dengan ibu mertua yang akan menjaga saya sepanjang di rawat di hospital.
Ads
“Suami perlu tetap pulang ke rumah kerana anak kedua, Aaron masih kecil dan tidak mahu dengan orang lain,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai jantina anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi, Izreen bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu.
“Soal jantina anak tunggulah selepas dilahirkan kelak. Saya dan suami sudah tahu, cuma untuk orang lain tunggulah selepas saya bersalin,” kata Izreen.
Penyanyi Aina Abdul mendedahkan persembahan yang menampilkan elemen awan dan serba putih di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) malam tadi menelan belanja hampir RM90,000 keseluruhan.
Mengakui sanggup berhabis demi karya berkenaan, Aina berkata dia berbuat demikian kerana kepuasan selain mahu memberikan yang terbaik buat peminat dan ‘keluarga besar’ Aina Abdul Entertainment.
“Untuk AJL37 memang saya tidak menafikan saya berhabis banyak. Tapi kerana… tak tahulah saya macam ada instinct Terus Hidup ini sesuatu yang istimewa dalam hidup saya.
“Jadi perbelanjaan hari ini merangkumi persalinan, props awan dan segalanya yang anda lihat tadi. Akan tetapi pada tahap ini saya mahukan sesuatu hasil yang berbaloi dalam kerjaya.
“Saya sedar untuk itu saya perlu buat pelaburan untuk diri sendiri, malah saya turut membawa semangat ‘team’ saya yang ramai. Hari ini sahaja misalnya dalam 30 orang.
“Semangat merekalah yang membawa saya ke sini. Saya sudah dikurniakan rezeki dan ada ruang untuk ‘invest’ dalam persembahan ini, alhamdulilah,” katanya.
Pemenang Vokal Terbaik itu juga turut mengulas mengenai konsep persembahan merupakan simbolik buat bapanya yang telah pergi menghadap Illahi.
“Saya memutuskan untuk memilih tema awan selepas pulang dari bercuti. Ketika itu, sepanjang berada dalam kapal terbang, saya dapat melihat kepulan awan yang bergelora ada juga dalam keadaan tenang kemudian.
“Di kesempatan itu saya berpeluang untuk berfikir panjang. Tetapi, saya juga mendedikasikan persembahan Terus Hidup ini kepada arwah ayah saya, Abdul Ghani Abdullah.
“Awan yang tertera di atas pentas itu merupakan simbolik kepada orang yang sudah tiada, yang tidak dapat dikawal oleh seorang manusia biasa,” katanya lagi.
Karya Terus Hidup adalah ciptaan sepenuhnya Aina sekaligus mengetepikan cabaran 11 lagu lain yang bertanding.
Hasil kemenangan, Terus Hidup membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi termasuk RM12,000 bagi Anugerah Vokal Terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memberikan reaksi berhubung kes penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk awal pagi 1 Jun lalu.
Perkara tersebut dikongsikan bintang terkenal itu menerusi salah satu postingnya di IG Stories.
Difahamkan, Siti pernah melakukan riviu makanan yang diusahawan balu kepada Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed iaitu Zahlawati Zahlan, Ramadan lalu.
“Turut bersedih dengan kejadian yang menimpa keluarga @watiekitchen. Salah seorang usahawan makanan yang sempat saya buat review makanan semasa bulan Ramadan lalu.
“Mari sama-sama kira membantu,” tulis Siti yang mengajak peminat supaya membantu Zahlawati dengan memberikan sumbangan ikhlas.
Terdahulu, dalam kejadian pada jam 1.30 pagi itu, Mohamed Zaili dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.
Mangsa berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza/Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat ada berkongsi rakaman video bersama Aprena Manrose di laman Instagram miliknya.
Menerusi video berkenaan, Hatta dilihat secara bergurau mengajukan soalan kepada Aprena mengenai teman lelakinya, namun dijawab spontan pelakon itu, menyatakan dia sudah berkahwin.
“Baru acah acah nak try @mrsaprenamanrose sekali lupaaa dia dah kawen. apa benda laa aku ni, tapi cantik betul dia ni.
“Kak @lovelyyayangofficial yang baik hati penuh dengan senyuman manis dan kasih sayang thank you very much for everything #glamketengglam #teamproduction *hujung tu suara @fikaruslan “ dia dah kahwin laaaa” #awesometv #awesometvmemangawesome @myawesometv,” kongsinya.