Pelakon Betty Rahmad semalam ada berkongsi gambar anaknya, Ardy Wira Ardy Shafiq yang kini sudah pun mencecah usia 44 hari.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram khusus buat para pengikutnya. Sambil menulis kapsyen berunsur humor, Betty turut bertanya wajah anak pertamanya itu mirip siapa di antaranya dan suami.
“Assalamualaikum hi uncle & aunty! Saya lah Ardy Wira bin Ardy Shafiq. Umur saya 44 hari. Hobi saya kentut!
“Doakan saya sihat & membesar jadi anak yang bijak, soleh & buat semua orang happy! Nanti mummy saya post lagi gambar saya sebab kerja dia ambik gambar saya je? Happy Sunday everyone!,” tulisnya.
Mendapat lebih seribu komen daripada netizen, rata-ratanya turut memuji kecomelan pertama hati adik kepada pelakon Umie Aida ini.
Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari tahun lalu sementara Ardy Wira pula dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Foto: Instagram Betty Rahmad