Komposer dan juri tetap Big Stage 2023, Ajai memdedahkan kualiti nyanyian daripada peserta duo Korea Selatan, Hoondoo sememangnya jauh meninggalkan pesaing-pesaing yang lain.
Lantaran itu, Ajai memaklumkan pihak juri terpaksa memberikan cabaran berbeza buat Hoondoo untuk menjadikan pertandingan ini lebih adil.
“Kalau nak dibanding dengan peserta-peserta lain, memang ‘beribu tiang’ tertinggal jauh dengan Hoondoo. Taraf nyanyian mereka sangat tinggi. Mereka buka mulut sahaja nyanyi dah sedap.
“Untuk jadikan pertandingan ini adil, kami kena bertindak untuk seimbangkan Hoondoo dengan peserta-peserta lain.
“Jadi, mereka kena menari pula minggu hadapan untuk berada sebaris dengan peserta-peserta yang all out dari segi kreativiti persembahan. Kita semua dah tahu kekuatan mereka.
“Mereka berdiri sahaja dan mampu menyanyi dengan baik. Penghayatan pun tepat. Sebab itu pemenang persembahan terbaik jatuh kepada Dem Lepak Boyz,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, menurut seorang lagi juri tetap yang juga merupakan penyanyi terkenal, Aina Abdul, Hoondoo sememangnya penyanyi duo yang sangat mahir sehingga sukar buat para juri untuk mencari kesilapan.
“Hoondoo tahu yang mereka ini boleh menyanyi. Yang bagus tentang mereka juga adalah mereka ini memang pasangan duo sejak sebelum pertandingan lagi.
“Kita pun tak tahu sudah berapa lama mereka menyanyi bersama. Itu adalah kelebihan Hoondoo. Dalam duo, keseimbangan kedua-dua penyanyi itu penting. Mereka juga penyanyi yang bijak.
“Mereka sangat faham tentang permainan nyanyian dalam duo. Secara vokal dinamik, mereka juara malam ini tapi kalau kita bagi juga mereka persembahan terbaik, ia nampak seperti tidak adil dan kami seperti menghakimi vokal sahaja,” kata Aina.
Ads
Kedua-dua juri berkenaan ditemui selepas berakhirnya konsert minggu ke-5 Big Stage 2023 yang berlangsung di Auditorum Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Dalam pada itu, Ajai turut menzahirkan rasa kecewa terhadap segelintir peserta yang masih mengulangi kesilapan lama dan tiada menunjukkan sebarang tanda perubahan.
“Ia sangat mudah. Mereka tak faham apa yang kami cakapkan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Seperti COEX, kita pesan supaya menyanyi mengikut urutan yang sama tapi bila dah habis nyanyi, ada yang sambung lagi.
“Firdaus Rahmat pula, kita dah cakap jangan buat seperti konsert sendiri. Pertandingan ini ada protokol dan kita perlukan kesedapan nyanyian itu.
Ads
“Aufahanie pula, dia masih tiada keyakinan diri. Adakah mereka mendengar komen-komen kami sebelum ini. Apabila mengulang kesilapan yang sama, inilah jadinya. Tiada perubahan.
“Memang peserta ini berpihak kepada peminat yang mengundi tapi ini tetap pertandingan. Juri tak undi kamu,” ulas Ajai lagi.
Menerusi konsert minggu ke-5, Hoondoo yang membawakan lagu This Love meraih markah sebanyak 92% daripada kedua-dua juri tetap seterusnya unggul di tangga pertama.
Cabaran besar menanti Hoondoo pada konsert minggi ke-6 selepas mereka mendapat tugasan untuk membawakan lagu Ghazal Untuk Rabiah dendangan asal Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M Nasir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan seorang dua selebriti lelaki pernah digosipkan dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha.
Sebelum ini juga dia pernah dikatakan menjalinkan hubungan istimewa dengan rakan pelakon seperti Aedy Ashraf dan Ben Amir.
Malah, baru-baru ini namanya kembali hangat diperkatakan bersama Aedy susulan mereka menghadiri konsert band popular British, Coldplay di London, bersama baru-baru ini.
Diminta mengulas mengenai hubungannya dengan aktor berusia 29 tahun itu, Daiyan mengakui Aedy merupakan teman baiknya.
“Tidak ada apa yang perlu saya ulas mengenai kehadiran saya bersama Aedy di konsert Coldplay itu.
“Saya tidak sangka gambar itu akan viral kerana niat saya nak berkongsi kenangan manis menyaksikan konsert itu.
“Kalau saya tidak berkongsi gambar bersama Aedy pun, nanti ada yang pertikaikan bila tahu dia pun ke sana.
“Saya pun tidaklah kisah sangat diaju soalan peribadi, cuma bila ada perkara baharu seperti ini (pencalonan AIM), rasa sedih juga bila orang lebih memberi perhatian mengenai perkara lain,” katanya kepada MH.
Daiyan ditemui pada majlis sidang media pengumuman calon Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Daiyan tercalon menerusi dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Video Muzik Terbaik. Kedua-duanya menerusi karya lagu yang sama iaitu Penat, nyanyian Daiyan bersama Tuju K-Clique.
“Saya sangat-sangat gembira bila tercalon walaupun untuk dua kategori sahaja tetapi salah satunya adalah kategori utama.
“Apatah lagi mengetahui saya bersaing dengan 600 pencalonan dan akhirnya kami berada dalam lima terbaik.
“Saya memang mengharapkan untuk menang, tetapi berada dalam top 5 juga sudah membuatkan saya gembira.
“Sekurang-kurangnya AIM menjadi salah satu platform untuk artis menghasilkan karya berkualiti dan bagi yang tidak begitu mainstream, boleh diangkat martabat mereka,” katanya.
AIM23 bakal bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September ini. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penghujung April lalu Media Hiburan melaporkan berita tentang kematian Bintang American Idol, Mandisa Lynn Hundley. Kini punca kematiannya telah didedahkan kepad umum.
Menurut pihak perubatan yang melakukan bedah siasat dan autopsi terhadap mayatnya, mendiang didapati meninggal dunia akibat komplikasi obesiti kelas III pada usia 47 tahun.
Penyanyi yang terkenal dalam arena muzik gospel itu ditemui mati di rumahnya oleh rakan-rakan pada 18 April. Kali terakhir dia dilihat kepada umum adalah tiga minggu sebelum kematiannya. Punca kematiannya diklasifikasikan sebagai faktor semulajadi.
Penyakit Obesiti kelas III adalah penyakit di mana seseorang mempunyai indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih tinggi atau BMI 35 atau lebih tinggi dan sedang mengalami keadaan kesihatan yang berkaitan dengan obesiti.
Imbas kembali, mendiang Mandisa berasal dari Citrus Heights, California dan mempelajari muzik di kolej sebelum muncul sebagai salah seorang peserta American Idol musim kelima. Dia menamatkan pertandingan di tempat kesembilan.
Biarpun tidak bergelar juara, Mandisa tetap berjaya sebagai seorang penyanyi. Ini terbukti apabila dia menungguli Anugerah Grammy pada 2014.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara mudah untuk dilalui dan itulah yang dihadapi penyanyi Aril Pilus.
Baru-baru ini, Aril mendedahkan dia ada bercerita mengenai arwah abangnya, yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Izwan Pilus kepada anak lelakinya, Tun Adriel Mikael.
“Ceritanya bila anak dah tanya siapa kat cd dia pegang tu, aku cerita la segalanya, haha next post ada video tengok lahPosted @withregram • @puteriedlinda
“Mikael terjumpa cd Album arwah pakngah, mikael tanya ni siapa? and first time daddy @arilpilus tell mikael tentang arwah pak ngah.
“Terus dia cry sambil hug cd album arwah pakngah #AlFatihahIzwanPilus
#IzwanPilusDalamKenangan
“Mikael birthday sama tarikh birthday dengan arwah pakngahnya Allahyarham Khairil Izwan Bin Pilus 24 November 2015,” tulisnya.
Imbas kembali, arwah Izwan atau nama penuhnya, Khairil Izwan Pilus meninggal dunia pada 21 Januari 2012 akibat penyakit kencing tikus ketika berusia 32 tahun.
Foto: Instagram Aril Pilus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!