“Hope She Is Safe. May Allah Protect You,” – Datin Seri Normala Samsudin

Share

Bekas personaliti televisyen, Datin Seri Normala Samsudin mengharapkan rakan sejawatnya sebelum ini, Zalina Azman atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman berada dalam keadaan selamat.

Zalina, 58, dilaporkan hilang sejak November tahun lalu dan hebahan mengenai perkara itu sudah dibuat pihak berkuasa.

“Hope she is safe. May Allah protect you. Grant you strengh and we do care and doa. #tv3colleagues,” tulis Normala menerusi Insta Stories, hari ini.

Selain Normala, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi menerusi Instagramnya turut menyeru orang ramai membantu mencari sahabatnya itu.

Dalam hantaran berbeza, Ras Adiba meminta Zalina agar segera pulang.

Datuk Aznil Nawawi turut berkongsi perkara sama dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat agar menghubungi pihak polis.

Terdahulu, polis sedang giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Zalina cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters, sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH