“Assalamualaikum semua, kepada semua klien, rakan-rakan dan keluarga yang saya ada jumpa kalian dalam beberapa hari lepas, kalau ada yang saya belum call lagi untuk inform yang Anim positive covid semalam.
“So if anyone of you yang Anim tk sempat reach out, please do your self test or Rtk and self quarantine. Im so so sorry guys.
Ads
“Memang no clue dapat dari mana, caused all my contacts are negative. Tapi I believe kalau nak kena, kena juga. Plus cases is increasing,” tulisnya.
Bagaimanapun, Anim menzahirkan rasa syukur selepas tiada ahli keluarganya yang turut dijangkiti wabak yang sama.
“Memang Anim always kerja luar sekarang ni meeting people. I even got my booster jab on January 17th
Ads
“But so far semua my family members and friends yang close contacts negative. Alhamdulillah Ya Allah,” kongsinya lagi.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan dia kini turut mengalami beberapa simptom selepas dijangkiti virus berkenaan.
“Sekarang tengah melawan virus ni. Anim ada simptom lemah badan, batuk berkahak, hidung berair.. tapi deria rasa on off. Hopefully takde la lgi teruk dari ni
Ads
“Thank you semua. Please stay safe okay!,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat agar Anim dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Sekadar informasi, Anim mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli Sahudin pada 28 Disember 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yara Alanna Khalsom.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Anim Ezati Rizki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kejutan apabila seramai enam peserta daripada musim terdahulu Gegar Vaganza iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim diumumkan sebagai peserta ‘Hot Seat’ All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Nama keenam enam bintang itu nyata memberi kejutan selepas masing-masing membuat persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Kesemua enam penyanyi itu berjaya tersenarai apabila mendapat undian tertinggi daripada penonton sekali gus melengkapkan senarai 16 peserta, kali ini.
Seramai 23 bintang dari musim pertama hingga kesembilan tersenarai untuk merebut tempat ‘hot seat’.
Antara penyanyi lain yang tersenarai untuk merebut hot seat sebelum ini ialah Mamat Exist, Zarul Umbrella, Zamani, Amelina, Hazami, Ayu Damit, Noraniza Idris dan Shila Amzah.
Terdahulu, 10 juara diumumkan berentap iaitu pemenang musim pertama, Ayai, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Naqiu dan Hardy Mirza (musim keempat).
Turut berada dalam saingan ialah Noryn Aziz (musim kelima), Datuk Aishah (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) dan Jaclyn Victor (musim kesembilan).
ASGV bersiaran secara langsung selama 12 minggu dengan menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap pertandingan itu.
Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlien pula ditugaskan sebagai hos.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon versatil, Janna Nick ada berkongsikan pandangannya mengenai realiti pengguna media sosial masa kini.
Menurut Janna, media sosial ada kalanya membuatkan kita untuk tidak mempunyai rasa syukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.
Malah, pelakon tersebut turut menganggap platfro tersebut sebagai toksik.
“Sosial media ni yang toxic sebenarnya.
Kau scroll-scroll IG, dok tengok kehidupan orang. Lepas tu insecure sendiri.
“Mula la bandingkan life kau dengan life orang tu. Mula la bandingkan kejayaan orang tu dengan setakat apa yang kau mampu capai. Paling teruk! Mula la hilang rasa bersyukur kau tu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Melodi itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Janna turut menyifatkan kebanyakkan perkongsian di media sosial hanyalah untuk mengaburi mata sesetengah pihak dan bukanlah realiti kehidupan sebenar.
“Apa kau ingat semua yang orang tunjuk
semua yang orang tayang tu betul-betul bahagia? Betul-betul kaya? Betul-betul berjaya? Ni semua permainan dunia.
“Bukan nak kata semua tu dusta semata tapi siapa yang nak upload cerita duka?
Siapa yang nak kongsi kisah luka.
“Dah…Dah! Jangan fikir negative. Jangan rasa diri kau tu kecik. Bersyukur je dengan apa yang kau dah ada!,” luahnya lagi.
Sementara itu, Janna turut menyeru kepada semua pihak agar lebih mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut.
Sumber: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam perkembangan lain, pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri merupakan salah seorang artis yang bakal membuat persembahan bersempena Konsert Karya Agung Pak Ngah bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
Selain Ernie, Syamel,Adira dan Rojer turut membuat persembahan di samping Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 14 dan 15 November ini di Istana Budaya.
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...