Terbaru, seorang individu dilihat ada menulis satu twit untuk menzahirkan rasa suka terhadap gandingan pelakon Fattah Amin dan Neelofa menerusi akaun Twitter miliknya.

Malah, individu berkenaan menyifatkan dirinya suka dengan  gandingan kedua-dua pelakon berkenaan di kaca televisyen.

“#lofattah always, #surihatimrpilot Harap dapat tgk diorang bergandingan lagi in apa2 movie or drama My favorite pair,” tulisnya.

“Hormat Sikit Orang Tu Dah Kahwin, Isteri Dia Mengandung,” – Gara-Gara #Lofattah, Ada Ditegur Peminat Fattah Amin

Ads

Bagaimanapun, perkongsian individu tersebut telah menjadi perhatian dan ada yang mengkritik terhadap apa yang disuarakan.

Rata-rata daripada mereka menegur tindakan individu berkenaan kerana dikatakan tidak menghormati bintang Hero Remaja 2011/2012 itu yang kini merupakan suami kepada pelakon, Nur Fazura.

Ads

Malah, keduanya juga sedang menantikan cahaya mata bersama.

Ads

“Hormat Sikit Orang Tu Dah Kahwin, Isteri Dia Mengandung,” – Gara-Gara #Lofattah, Ada Ditegur Peminat Fattah Amin “Hormat Sikit Orang Tu Dah Kahwin, Isteri Dia Mengandung,” – Gara-Gara #Lofattah, Ada Ditegur Peminat Fattah Amin

Terdahulu, Fattah pernah bergandingan dengan Neelofa menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang diarahkan pengarah, Michael Ang.

Drama tersebut ditayangkan pada tahun 2016 dan mendapat sambutan yang baik daripada penonton setia drama tempatan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI