Hiburan

Hormati Kota Serambi Mekah, Tiara Andini Manis Berhijab Ketika Buat Persembahan Di Banda Aceh

Share

Banda Aceh terkenal sebagai salah sebuah wilayah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah yang ketat. Salah satu peraturannya, wanita haruslah mengenakan hijab.

Baru-baru ini penyanyi bersuara merdu, Tiara Andini, berkongsi di halaman Instagramnya stail fesyen yang digayakan ketika mengadakan persembahan di Banda Aceh.

Persembahan tersebut adalah sempena majlis pembukaan Pekan Olahraga Nasional XXI yang merupakan acara sukan nasional tahunan Indonesia.

Menariknya, menghormati undang-undang setempat, bekas finalis Indonesia Idol itu tampil anggun mengenakan persalinan serba hitam lengkap hijab dengan paduan kain batik rona merah.

BACA JUGA: Selena Gomez Kini Bergelar Billionaire Termuda. Miliki Kekayaan Bernilai Lebih RM5 Bilion

Busana atasan rona hitam merupakan hasil rekaan jenama fesyen Damien Chandra manakala kain batik yang digayakan pula merupakan hasil kreatif Atara Batik.

Melangkapkan gaya keseluruhan, aksesori seperti rantai dan kerongsang rekaan jenama Gelap Ruang Jiwa memberi nyawa kepada rona hitam busana. Dikepala pula bagi elemen dramatik Tiara Andini menggayakan mahkota rekaan TJEP Accecories.

Pada majlis tersebut, gadis berusia 22 tahun ini menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya serta lagu hitnya, Kupu-Kupu.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen