Nampaknya entri Nabila Huda memaparkan fotonya bersalaman dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu Ola Bola The Musical mendapat reaksi yang bukan biasa-biasa.
Mungkin tak tahan sabar atas kelakuan netizen yang disifatkan tidak menghormati figura ternama itu, Nabila menulis luahan hati memohon agar netizen berhenti bergaduh sesama sendiri.
Ulasnya yang mesra di sapa Abil, dia punya hak atas laman sosial sendiri dan terpulang kepada dirinya untuk bergambar dengan sesiapa pun.
“Sudah la! Apa ni gaduh-gaduh… Apa ni bergaduh sesame sendiri. Biarlah saya nak post gambar dengan sesiapa pun. Ini kan Instagram saya.
“Saya ada hak nak suka atau pun tak pada sesiapa. Korang pun ada hak untuk benci sesiapa pun. Tapi kita kan tinggal di tempat yang sama, ini kan rumah kita, tanah tumpahnya darah kite.
“Kenapa semua isu mesti nak bergaduh macam lebih pada personal kita je. Kutuk each other. Apa pun terjadi kita biarkan mereka yang selesaikan. Doakan yang baik-baik. Kan Allah dah janji, setiap manusia tak kira agama akan dapat merasa nikmat di dunia. Kalau rasa susah tu takpelah, kita cari jalan dan usaha. Janganla merungut, blame orang sana sini. Kalau ada kebencian dengan each other macam ni, habisla negara kita.
“Korang nak negara kita berperang? Anak kita mati kena bunuh? Rumah takde? Keluarga hilang? Nak ke? Allah dah pinjamkan kita negara yang aman dan damai ni, nikmatilah sepuas-puasnya,” kongsi Abil.
Tambahnya lagi, menulis komen di media sosial tidak akan menyelesaikan masalah. Dia memohon supaya netizen belajar menghormati Perdana Menteri Malaysia dan hargailah ketika Tun Mahathir masih ada.
“Sampai bila nak bertekak ungkit ulang-ulang benda yang sama? Orang tu cakap ini, orang tu cakap betul, orang ni ada benda nak tegakkan itu ini, tapi end up korang sendiri pun tak boleh selesaikan. Cakap kat sosial media boleh la. Tapi korang sendiri pun tak mampu nak selesaikan.
“Move on la. Takkan nak berdendam sampai mati. Benda dah jadi. Government dah tukar ke tak, pekerja kena buang ke, minyak naik turun ke, hidup kena diteruskan. Support lah each other.
“Terimalah kenyataan, he’s our Prime Minister dan kerajaan dah tukar. Kalau kau nak marah sekalipun, dia tetap our prime minister. Orang yang paling penting dalam negara kita sekarang. Hormatilah dia sementara dia masih ada. Tolong la jangan gaduh please,” tulisnya panjang lebar.
Foto – Instagram Nabila Huda