Pelakon Mira Filzah mengakui setakat ini masih belum ada apa-apa pelawaan rasmi daripada pihak MeleTop berkenaan dengan pemilihan hos baru bagi menggantikan pengacara bersama Nabil Ahmad, Neelofa.
Bintang Sweet Dreams itu memberikan respon sedemikian selepas ditanya media mengenai desas-desus namanya yang dikatakan turut disebut-sebut sebagai hos baru program berkenaan.
“Dari pihak saya tiada apa-apa lagi. Akan tetapi kalau dikatakan mengenai yang menyebut nama tu, its a good think. Mungkin orang boleh nampak sebab bukan senang untuk hos baru mengambil alih posisi sebelumnya di dalam program berkenaan.
“Malah, ia sudah pun punya satu branding yang sangat kuat. Jadi kalau tiba-tiba ada yang bangkit nama, maksudnya orang nampak akan potensi. Akan tetapi setakat ini masih belum ada apa-apa,” katanya memberikan penjelasan.
Sementara itu, Mira Filzah yang kini turut diangkat sebagai wajah wakilan pereka Rico Rinaldi bagi koleksi Rico Rinaldi Bridal 2020 turut menyifatkan tahun ini menjadi tahun sukses dalam kerjaya seninya.
Merakamkan rasa syukur atas sokongan yang diberikan, Mira Filzah turut mengakui tahun hadapan menjadi satu permulaan yang mencabar bagi dirinya.
“Tahun ini adalah tahun yang paling cemerlang bagi saya, alhamdulillah rezeki murah. Malah produk saya mendapat sambutan baik dari peminat, baik filem atau pun drama. Dapat juga raih anugerah alhamdulillah.
“Jadi bila sudah memasuki tahun cemerlang takut juga andai tahun 2020 akan ada harapan orang yang lebih besar. InsyaAllah untuk tahun depan saya ada sesuatu yang baru dan berbeza.
“Harapnya saya boleh harungi seterusnya tunjukkan apa yang boleh saya berikan lagi,” katanya kepada MH.
Tonton temubual penuh bersamanya di sini;