Viral kini mengenai satu lagi aplikasi ‘ubah wajah menjadi tua’ atau lebih sinonim dengan tanda palang #agechallenge di media sosial.
Malah, rata-rata pengguna media sosial mulai berimaginasi dengan wajah sendiri bila di mamah usia lalu kongsikannya menerusi akaun media sosial masing-masing.
Malah, para selebriti tempatan turut tidak melepaskan peluang mencuba, termasuk penyanyi dan pelakon, Elyana.
Ads
Bagaimanapun, perkongsian bintang ini nyata menjentik hati peminat.
“Masa ni saya nak pergi rumah Cinta.
Nak main dengan cucu.
“Semoga Allah panjang kan umur saya,
agar saya dapat merasa tua. Amin Ya Rabbalalamin,” tulis Elyana.
Lalu, perkongsian dari penyanyi Niat dan Tapak Sulaiman itu dihujani dengan doa menerusi ruangan komen yang ditinggalkan peminat.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin, pada 2010. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Cinta Sumayyah, pada 2011.
Terdahulu, Elyana pertama kali mendedahkan dia menghidap barah ketika tersingkir pada minggu kelima pertandingan Gegar Vaganza musim keempat dua tahun lalu.
Ads
Pelakon Gong itu mendedahkan dia menghidap kanser sejak lapan tahun lalu dan pernah menjalani kemoterapi sehingga tujuh kali sejak 2014.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad ada berkongsi perkembangan terkininya mengenai sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalaninya.
Menurut Elizad, dia baru sahaja selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ dan kini sedang menantikan keputusan yang berikutnya.
“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini. Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya.
“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah.
“Terima kasih Dr @dr.azlin dan @sophea_fertility dan semua nurse yang banyak membantu menenangkan saya tadi. Tak tahu nak gambarkan pengalaman tadi,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan arti memberikan kata-kata peransang selain turut mendoakan yang terbaik buat Elizad.
Terdahulu, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan kini masih menantikan zuriat sulung mereka.
Sumber: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi rasa apabila membantu satu keluarga daif tempoh hari.
Mengenangkan situasi yang berlaku, ahli perniagaan yang kini muncul menerusi single Cuba Bahagia ini berkongsi akan kesukaran hidup yang dihadapi satu pasangan suami isteri yang turut menjaga anak yang kurang upaya.
Atas sebab itulah, bapa kepada lima cahaya mata ini juga cuba untuk membantu insan yang memerlukan bersempena Ramadan tahun ini.
“Bahagia walapun susah itu yg sy respect. Tuhan sahaja yang tahu betapa kesiannya saya dengan pasangan suami isteri yang mempunyai anak OKU ini yang berumur 75tahun.
“Pasangan ini terpaksa membanting tulang hanya sekadar menjual pucuk-pucuk ubi dan terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan bergaji RM1,000.
“Tiada rumah duduk di tanah tepi jalan dgn pondok sebesar kemah..nenek ni berasal dari sabah.
“Rumah beliau juga tidak ada bekalan elektrik yang betul dan juga bekalan air yang betul. Toilet pun hanya menggunakan air longkang sahaja dan kehidupan yang teramat susah.
“Disebabkan hari ini saya memberikan sumbangan hasil bisnes sy yg anda sokong selama ini.. berupa wang tunai dan juga produk @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq . Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.
“InshaALLAH misi saya untuk bukan Ramadhan ini saya ingin membantu lebih 2000 orang yang kurang berkemampuan. AMIN YA RAB,” tulisnya pada entri di Instagram.
Sophea Isabella, anak sulung pasangan terkenal Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos baru-baru ini menerima tawaran tiga sekolah hebat di Malaysia sebagai destinasi pengajian peringkat menengah.
Sekolah yang menawarkan kemasukan kepadanya adalah Kolej Yayasan Saad, Kolej Tunku Kurshiah dan Kolej Genius Permata Pintar.
Akhirnya setelah beberapa hari, Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi kepada umum mengenai pilihan anaknya.
“Apakah yang membuatkan sesebuah sekolah itu hebat? Gurunya, fasiliti, persekitaran, berpusatkan pelajar, kepimpinan berpendidikan, harapan tinggi sekolah, program yang ditawarkan atau rangkaian alumni yang kuat? Senarainya berterusan,
“Banyak sekolah hebat di luar sana. Setiap sekolah memiliki kelebihan sendiri, kecemerlangan prestasi dan sejarah terbukti,” ungkap angaksawan negara itu tentang sesebuah institusi persekolahan.
Menyifatkan pemilihan sekolah sebagai satu perkara yang penting, bapa kepada tujuh cahaya mata ini berkongsi lagi bahawa keputusan yang diambil adalah selepas mereka berfikir sedalam-dalamnya dan berbincang selain turut meminta petunjuk dari yang maha Esa.
“Selepas berfikir sedalamnya dan berbincang serta melakukan solat istikharah, kami memilih untuk ke Kolej Genius Permata Pintar. Sebuah sekolah yang mencabar minda Bella. Bercampur dengan mereka yang cerdik akan mengeluarkan potensi terbaiknya.
“Memilih sekolah yang tepat sangat penting, tetapi pada penghujungnya terpulang kepada pelajar itu sendiri. Kami harap ini adalah keputusan yang tepat untuk bella.” Ujarnya mengakhiri perkongsian.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!