
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, mengesahkan hubungannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau Mr E, kini berada dalam fasa lebih baik.
Menurut Erra, mereka sedang mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam dan mengakui memperkenalkan diri masing-masing kepada keluarga terdekat.
“Sekarang, kami di fasa nak cuba melalui laluan yang betul, tetapi tanpa tekanan,” katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama peminatnya, di Setia Alam, baru-baru ini.
Enggan terlalu terburu-buru dalam soal jodoh, Erra bagaimanapun menyerahkan segalanya kepada takdirNya.
“Nak katakan ya (bercinta), kita tak tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Jadi, saya ikut saja arus waktu.
“Kalau rasanya okay, semua okay, keluarga okay, ‘jalan’. Saya okay begitu. Tak terlalu ‘rigid’ sangat,” katanya lagi.
Bagi Erra, memperkenalkan pasangan kepada keluarga adalah satu proses yang perlu dilalui sebelum membuat keputusan besar dalam kehidupan.
“Masing-masing melakukan tanggungjawab masing-masing untuk kenalkan kepada keluarga. Saya rasa lebih matang,” ujarnya lagi.
Perancangan Masa Depan
Sementara itu, Ezwan turut mengesahkan mereka sudah berjumpa dengan beberapa ahli keluarga terdekat dalam usaha mengenali satu sama lain dengan lebih baik.
“Kami cuba untuk pergi ke fasa seterusnya. Fasa yang lebih baik. Daripada kenal, kami lebih mengenali dan mungkin dari situ, ada merancang sesuatu,” katanya.
Erra sebelum ini dikaitkan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr. E, yang akhirnya didedahkan sebagai Ezwan Zain, seorang ahli perniagaan dalam industri makanan.
Ezwan memiliki tiga cawangan restoran Kueh yang beroperasi di Seksyen 13, Shah Alam, Setia Alam, dan Subang Jaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI