Pasangan selebriti popular Hollywood, Kim Kardashian dan Pete Davidson dikhabarkan sudah berpisah setelah selepas sembilan bulan menjalinkan cinta.

Menurut sumber terdekat pasangan tersebut, Kim dan Pete memilih untuk memutuskan hubungan beberapa minggu lalu.

“Kim dan Pete telah membuat keputusan untuk menjadi kawan sahaja sekarang.

“Walaupun tidak lagi menjalinkan hubungan, namun kedua-duanya mempunyai banyak kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain.

Ads

“Mereka melihat hubungan jarak jauh dengan kepadatan jadual kerja menyukarkan untuk mengekalkan hubungan mereka,” kata sumber tersebut.

Pete kini dikhabarkan berada di Australia, menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Wizards! sepanjang musim panas ini.

Manakala, Kim pula meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal kepada empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suami, penyanyi dan rapper, Kanye West.

Ads

“Kim dan Kanye gembira dapat sama-sama membesarkan anak mereka secara ‘co-parenting’,” kata sumber lagi.

Ads

Kim dan Kanye mendirikan rumah tangga pada Mei 2014 namun disahkan berpisah pada Februari tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai empat anak iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI