Usahawan dan selebriti, Mila Jirin percaya hadiah majlis resepsi untuk teman baiknya, Datin Seri Heliza Helmi yang dianggarkan menelan belanja puluhan ribu, tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Dilangsungkan di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor pada 22 Januari lalu, Mila memilih untuk tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin Heliza dan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

“Hubungan Kami Jauh Di Mata Dekat Di Hati,” – 15 Tahun Kenal, Indah Nilai Persahabatan Mila Jirin & Heliza Helmi Yang Selamat Bergelar Isteri“Hubungan Kami Jauh Di Mata Dekat Di Hati,” – 15 Tahun Kenal, Indah Nilai Persahabatan Mila Jirin & Heliza Helmi Yang Selamat Bergelar Isteri “Hubungan Kami Jauh Di Mata Dekat Di Hati,” – 15 Tahun Kenal, Indah Nilai Persahabatan Mila Jirin & Heliza Helmi Yang Selamat Bergelar Isteri

“Hadiah dan nilai majlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.

“Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi,” katanya yang sukses mengusahakan Bizmilla Wedding Centre.

Mila mendedahkan, pada awalnya Heliza ada menghubungi bertanya mengenai kekosongan mana-mana dewan Bizmilla untuk digunakan pada 1 Januari lalu.

“Cuma ketika itu, saya tidak syak mengenai cerita sebenar yang dia akan berkahwin. Ketika ditanya mengenai dewan kosong untuk tarikh berkenaan, saya pun tak tanya beriya-iya ia diperlukan untuk majlis siapa.

Ads

“Cuma permintaan itu tak dapat dipenuhi sebab enam dewan yang ada sudah penuh. Saya pun seperti kebanyakan lain yang tidak tahu dia akan berkahwin pada tarikh itu. Jadi perbualan kami terhenti di situ.

“Selang beberapa hari, saya dikejutkan dengan  undangan majlis persandingannya melalui kiriman WhatsApp. Saya antara sahabatnya yang amat gembira dengan berita tu, sampai lupa nak tak tanya dengan siapa dia akan berkahwin,” katanya.

Lalu atas kasih persahabatan, Mila merealisasikan niatnya yang sudah terpendam sekian lama meski pada awal Heliza menolak cara baik hajatnya itu.

Mila turut menambah, bintang asal Terengganu itu sangat pemurah.

Ads

“Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.

“Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati. Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing-masing.

“Sewaktu ‘lockdown’, dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma,” katanya.

Ads

“Hubungan Kami Jauh Di Mata Dekat Di Hati,” – 15 Tahun Kenal, Indah Nilai Persahabatan Mila Jirin & Heliza Helmi Yang Selamat Bergelar Isteri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

“Hubungan Kami Jauh Di Mata Dekat Di Hati,” – 15 Tahun Kenal, Indah Nilai Persahabatan Mila Jirin & Heliza Helmi Yang Selamat Bergelar Isteri
Mengulas mengenai majlis tersebut lagi, Mila memberitahu persalinan songket yang dipakai mempelai adalah hasil pasukan Bizmilla Bridal sementara kek daripada Cakesmilla.

Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin atau premis ruang acara di One City Subang, Sanctuary Mall, Rawang dan Johor Bahru.

Pakej perkahwinan ditawarkan bermula dengan harga RM9,900 untuk 100 tetamu. Butiran lanjut boleh dirujuk menerusi laman web rasmi mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI