
Hos, penerbit dan pelakon terkenal, Oprah Winfrey, baru-baru ini mengenang kembali salah satu trauma zaman kanak-kanaknya dalam podcast yang diterbitkannya.
Dalam episod tersebut, Oprah kelihatan sebak ketika mengimbas kembali kenangan lamanya, terutama sekali hubungannya yang agak renggang dengan ibunya, Vernita Lee, yang sudah meninggal dunia pada tahun 2018.
Dalam episod tersebut dia turut disertai oleh pakar psikiatri Amerika, Dr. Bruce Perry, yang juga merupakan felo kanan di Child Trauma Academy di Houston.
Oprah berkongsi satu momen pahit yang mana dia sukar penyusun kata-kata positif mengenai ibunya semasa memberi penghormatan di gereja selepas pemergian wanita itu.
“Saya telah diminta untuk datang ke gereja dan memberikan pelbagai pujian mengenai ibu saya, tetapi saya tidak dapat memikirkan satu pun perkara baik,” ucap wanita berusia 71 tahun itu sambil menahan sebak.
Ketika ditanya mengenai sebarang kenangan indah bersama ibunya, bintang The Color Purple itu dengan nada yang agak menyedihkan berkata, “Dengan tidak menggugurkan saya, dia telah melakukan yang terbaik yang dia tahu.”
Dia juga turut mengulas lagi yang sepanjang membesar, dia akhirnya menerima hakikat tentang takdir yang sudah tertulis untuk dirinya.
“Apa yang dia tahu sebagai yang terbaik itu tidak cukup untuk memenuhi keperluan saya, tidak cukup untuk membuat saya berasa lengkap. Tidak cukup untuk membuat saya berasa dihargai, dilihat, atau penting baginya.
“Itu tidak mencukupi. Tetapi itulah yang terbaik yang dia mampu lakukan, dan saya akhirnya menerima hakikat bahawa ia tidak mungkin lebih baik daripada itu,” kongsinya lagi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI