Uncategorized

Hubungan Saya Dengan Zul Ariffin Tak Goyah – Zahirah Macwilson

Share

Kini kecoh mengenai status hubungan cinta antara Emma Maembong dan Kamal Adli yang dikatakan retak berpunca daripada orang ketiga.

Mengulas mengenai perhubungan mereka, pelakon dan juga gandingan Kamal dalam drama Duda Pujaan Dara itu berkata hubungan cinta antara dia dan aktor Zul Ariffin tidak goyah walaupun dikatakan menjadi orang ketiga.

Bagaimanapun, Zahirah Macwilson tetap tampil ingin membersihkan namanya bagi menamatkan kontroversi ini.

Zahirah dan Zul yang telah tiga tahun menjalin hubungan cinta itu berkata namanya terpalit walaupun dia tiada kaitan dan dia berada di pihak yang benar.

“Ikutkan, saya dan Zul malas hendak melayan hal ini. Tetapi selepas menimbang baik dan buruknya, saya perlu menjelaskan perkara sebenar.

 

“Saya berada di pihak benar dan tak perlu berselindung. Segala-galanya sudah terbukti dan tidak perlu menegakkan benang yang basah,” Ujarnya.

Malah, Zahirah juga berkata tidak bermusuhan dengan Emma dan sebagai wanita, dia dapat merasakan perasaan Emma apabila disakiti.

“Cuma, saya rasa tidak perlu bercakap apa-apa lagi mengenai Kamal. Saya memang rasa dimanipulasi dan seperti ‘kambing hitam’ dengan apa yang dilakukannya.

 

“Dia memalitkan saya untuk selamatkan dirinya. Saya profesional dan masing-masing tahu ada kekasih,” kata Zahirah.

Pada awalnya, Zahirah mahu berdiam diri ekoran terikat dengan penggambaraan drama La Luna, namun, sikap Kamal yang katanya berputar belit meyebabkan dia tampil menjelaskan segalanya.

“Saya menunggu Kamal tampil dan berkongsi cerita sebenar, tapi tidak. Saya geram apabila Kamal cakap saya pula terhegeh-hegeh dengannya.

 

“Dia patut mengaku saja kalau bersalah dan tak perlu babitkan orang lain. Jadilah anak jantan!” katanya yang bakal

Zahirah yang telah berlepas ke Bosnia semalam bagi menyambung penggambaran La Luna berkata buat masa ini, dia tidak akan bergandingan semula dengan Kamal.

Malah, Zahirah juga menegaskan mereka tidak keluar berdua-duaan, sebalik bersama rakannya yang lain.

“Kisah berhibur di pusat karaoke pula, sebenarnya majlis itu sempena tamat penggambaran drama Duda Pujaan Dara. Saya dapat tahu, majlis itu ditaja oleh Kamal. Saya hadir kerana ia membabitkan produksi,” katanya.

Zahirah juga berkata hubungan dia dan Zul masih berjalan seperti biasa dan tidak akan mengheret bersama kekasihnya untuk menyokong apa yang dia lakukan sekarang ini.

Sumber : Berita Harian

Published by
Wani Arifin