Pelakon dan usahawan, Aeril Zafriel mengisi masa bersama anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dengan cara yang tersendiri.
‘Bertukar’ menjadi kuda Unicorn lengkap dengan tanduk palsu, gelagat dua beranak ini nyata mencuri tumpuan peminat.
“Bukan senang nak jinakan kuda unicorn liar ni,” tulisnya beserta dengan pautan video yang merakamkan kanak-kanak perempuan itu sedang menunggang ‘kuda jadian’.
View this post on Instagrambukan senang nak jinakan kuda unicorn liar ni..
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Difahamkan, video tersebut dirakamkan oleh isterinya, pelakon Wawa Zainal.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat terhibur dengan posting santai dari Aeril ini. Malah ada yang turut mempersoalkan bunyi ‘Kuda Unicorn’ itu yang dirasakan pelik dan unik!
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, sementara Wawa juga kini sedang sarat hamil anak ketiga mereka.
Foto: Intagram Aeril Zafriel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tunai Solat Subuh Bersama Bapa Di Masjid, Safiey Illias Terasa Nikmatnya…
Usahawan sensasi, Safiey Illias sebentar tadi ada memuat naik satu posting yang dirakam bersama bapanya.
Sambil menyatakan rasa sayu, penyanyi Apa Salah Syinta ini turut memaklumkan rasa nikmat apabila dapat menunaikan solat Subuh bersama yang tersayang.
“Nikmatnya dapat pergi jumaah Subuh dengan ayah. Sedih pun ada,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, Safiey kini berada di kampung halamannya di Pahang bagi mengisi masa curi sempena Raya Korban.
Sementara itu, apabila menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif selain mendoakan agar Safiey kembali dibukakan hati untuk terus melakukan kebaikan.
Foto: Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Juga Buat Kesilapan…,” – Nyanyian Teruk Dikecam, Syafinaz Selamat Terbuka Terima Kritikan
Penyanyi dan juri tetap All Stars Gegar Vaganza, Datuk Syafinaz Selamat menerima segala kritikan dengan hati terbuka selepas ada yang mengecam susulan persembahannya di sebuah program TV baru-baru ini.
Ini kerana, ada di antara netizen berpendapat, figura seperti Syafinaz tidak sepatutnya membuat kesilapan di dalam nyanyian.
Jelas Syafinaz, kritikan tersebut langsung tidak menyakiti hatinya sebaliknya membuka ruang untuk memperbaiki diri.
“Sebagai penghibur, saya faham banyak pihak suka mengkritik. Tak mengapa dan saya terbuka menerima kritikan. Kalau saya rasa kritikan itu betul, saya terima dan perbaiki diri.
“Saya juga menilai diri sendiri. Apa sahaja yang anda katakan, ia tidak menyakitkan hati saya. Bila saya buat persembahan, saya akan lihat balik kesalahan saya.
“Kalau sesebuah kritikan itu tidak membantu, saya abaikan. Kalau kita biarkan kritikan itu menyakiti diri sendiri, itu kerana kita yang biarkan. Kita tak boleh hidup sebegitu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ingin Bersamamu itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai konsert ASGV yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Pada masa sama, Syafinaz memaklumkan semua pihak mempunyai pilihan sama ada untuk mendengar kritikannya atau tidak.
“Pada saya, muzik ini luas dan subjektif. Terpulang kepada anda untuk suka atau tidak. Saya okay dan selama ini, saya hidup dengan kritikan.
“Ketika saya duduk di kerusi juri, memang saya mengkritik tapi saya juga memberikan komen-komen positif dan solusi buat peserta.
“Ia merupakan pilihan mereka untuk mendengar atau tidak. Kita manusia dan tidak sempurna. Tak salah kita buat silap.
“Bila menilai diri sendiri, saya akui saya juga buat kesilapan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Syafinaz turut memaklumkan dirinya kini masih lagi belajar untuk mamantapkan kualiti vokal nyanyianya.
“Saya sentiasa mencuba untuk sempurnakan hasil karya-karya saya. Sebab itu saya sentiasa belajar dan ambil kelas secara atas talian dengan guru oprah di Jerman.
“Tidak ada orang di Malaysia yang mampu bantu saya ketika ini. Saya gunakan kepakaran luar. Tidak kisah mengenai bayaran. Pada saya, ilmu itu sangat penting.
“Pada umur seperti ini, saya masih lagi belajar. Jadi, saya tak tahu kenapa orang lain tak nak belajar,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolonglah Malu & Sedar Diri,” – Bangga Tak Tahu Cakap Melayu? Ini Teguran Ryzal Ibrahim
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim terkilan dengan sikap segelintir pihak yang tidak tahu berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan meskipun sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia.
Jelas Ryzal, tambah menyedihkan apabila mereka turut berasa bangga dengan situasi tersebut.
“Kita tak patut bangga bila tak tahu bertutur bahasa kebangsaan. Itu jati diri kita. Kalau kita warganegara tapi dibesarkan di negara lain, mungkin boleh diterima.
“Saya kenal ramai orang Malaysia di UK tapi masih boleh bertutur bahasa ibunda dengan baik. Jadi, untuk orang di Malaysia dan tak kira apa bangsa sekalipun, tiada alasan untuk tidak mahir.
“Faham sikit-sikit pun bukan alasan. Jangan salahkan sekolah kebangsaan, tamil atau cina. Sekolah itu wujud sejak berzaman lagi.
“Kenapa orang zaman dahulu boleh sahaja berbahasa Melayu? Malah, siap boleh berdialek ikut negeri lagi. Melainkan anda malas atau merasakan Bahasa Melaysia tak cukup standard,” tegasnya.
Ryzal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae pada Khamis.
Katanya lagi, sekiranya kita tidak fasih berbahasa Malaysia, itu merupakan satu perkara yang memalukan.
“Tolonglah malu dan sedar diri kita di mana. Kalau anda ke negara luar dan fasih berbahasa mereka sekalipun, mereka tidak akan mengaku anda sebangsa dengan mereka.
“Sama seperti saya, walau saya mahir berbahasa Korea, mereka tetap tidak menganggap saya sebahagian daripada mereka,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ryzal turut menegaskan dirinya akan mengutamakan anaknya untuk menguasai Bahasa Malaysia dan Korea.
“Saya mengutamakan anak saya untuk belajar Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris boleh belajar pada bila-bila masa. Maryam pula akan tekankan Bahasa Korea.
“Walaupun saya belum membuat perancangan mengenai sekolah Rina, dia kena tahu bahasa utamanya adalah Malaysia dan Korea.
“Kalau dia mampu berbahasa Inggeris dan Korea tetapi lemah dalam Bahasa Melayu. Orang akan mempersoalkan saya nanti,” tegasnya.
Sementara itu, Ryzal turut mendedahkan dirinya terpaksa menegur rakan-rakannya yang kurang memberikan pendedahan terhadap Bahasa Melaysia kepada anak-anak mereka.
“Saya juga ada menegur kawan-kawan saya apabila anak-anak mereka tak faham bila berbahasa Malaysia. Saya nasihatkan mereka supaya melatih anak-anak.
“Bahasa adalah maruah kita. Kalau kita tak tahu bahasa kebangsaan, nak mengaku kita bangsa apa? Bahasa menunjukkan siapa diri kita,” akhirinya.
Sekadar informasi, Ryzal telah mengahwini wanita asal Korea Selatan yang juga merupakan pempengaruh, Maryam Younarea pada tanggal 16 Ogos 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Rina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI