Selepas tular mengenai isu pakaian yang dikenakan pelakon Fasha Sandha ketika menjayakan sesi penggambaran yang dimuat naiknya menerusi media sosial, ramai yang memberikan reaksi pelbagai.
Misalnya juara Pencetus Ummah musim ketiga, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih sinonim dengan sapaan PU Syes pula dikatakan turut menegur tindakan pelakon hebat berkenaan dalam menjawab mengenai isu tersebut.
“Sekarang semua pakai hujah dosa dgn Tuhan..sedangkan perkara yg dilakukan terkadang dikhalayak..bukan sendirian.
“Bila berbicara ttg dosa jgn anggap ianya kecil..dan jangka bersangka ada masa utk memohon taubat.. Kerja halal banyak..kenapa kerja yang terpaksa melanggar syariat Allah kalian pilih. Hujah dosa saya dgn Tuhan bagi seorang artis tidak tepat kerana kalian adalah public figure dan setiap apa yg kalian buat akan memberi kesan pd peminat² kalian,” tulisnya menerusi Instagram dua hari lalu.
Pada masa sama, PU Syes turut meminta supaya merujuk hadis baginda S.A.W mengenai cara perbuatan baik buruk apabila dilakukan orang lain.
“Alangkah malangnya lagi jika perbuatan yg tidak baik diikuti oleh mereka.. Rujuklah hadis baginda S.A.W..tentang cara perbuatan yg baik dan buruk bila dilakukan dan diikuti oleh org lain.. Ingatan terbuka buat fasha sanda dan sesiapa yg seumpamanya..ws,” kongsi PU Syed lagi.
Sehingga kini entri berkenaan sudah pun mendapat leboh 4,000 tanda suka dengan pelbagai komen diberikan netizen.
Terdahulu, pelakon Teratai Kemboja itu berdepan pelbagai komen netizen apabila memuat naik dua potong video sedutan saat penggambaran dilakukan, pertengahan Ogos lalu.
Ramai yang mempersoalkan tindakan pelakon itu mengenakan pakaian sedemikian. Bagaimanapun, ruangan komen entri itu telah ditutup.
Foto: Instagram Fasha Sandha / PU Syed