“Hujung-Hujung Kita Perlukan Satu Sama Lain,” – Dah Jemu ‘Gaduh’, Shahida Mahu Manfaat Masa Dengan Suami Sampai Akhir Hayat

Share

Isteri kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida mendedahkan dirinya kini mahu memanfaatkan setiap masa-masanya untuk mencipta kenangan indah bersama suami tercinta.

Menurut Shahida, suatu masa nanti, anak-anak mereka pasti akan membesar dan membawa haluan hidup masing-masing.

Lantaran itu, dia berharap agar hubungannya bersama suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Kawan tua nanti. Anak banyak nanti dah besar dah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Hujung-hujung tinggal berdua je kita.

“Tak tahu la siapa yang pergi dulu nanti. Semoga yang baik-baik saja @aliffsyukriterlajaklaris,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada lima orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, semakin bertambah usia perkahwinan, dia sudah berasa agak jemu untuk berbalah atau bergaduh dengan suami.

“Makin lama kahwin makin malas nak gaduh. Hujung-hujung kita tahu kita juga perlukan satu sama lain.

“Nikmati je masa hidup kita dengan gembira. Abaikan perkara negatif atau apa juga orang nak fikir pasal kita sebab hanya kita je yang tahu apa yang berlaku dalam kehidupan kita,” tulisnya.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan yang terbaik buat Shahida dan Aliff.

“True datin. Makin tua makin malas nak gaduh dan sentap. Kalau merajuk pandai-pandai pujuk sendiri.

“Sweet sangat. Suka tengok Datuk dak datin.

“Setuju. Beralah je kadang-kadang. Sebab pi mai, pi mai tang tu jugak.

“Muka datin dan datuk, iras sangat. Semoga bahagia till jannah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Shahida dan Aliff telah pun mendirikan rumahtangga pada 2007.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Datin Seri Shahida

Published by
Aizam Manaf