Uncategorized

“Humblenya Bila Artis Nama Besar Tegur Saya Dulu,” – Hael Husaini Throwback Kali Pertama Bertemu Dayang, 12 Tahun Lalu!

Share

Penyanyi dan kompiser, Hael Husaini mendedahkan, dia sudah lama impikan mahu berduet bersama Dayang Nurfaizah bukan kerana mengagumi vokalnya semata-mata, tetapi penyanyi berasal dari Sarawak itu merupakan ‘celebrity crush’ diminatinya sejak sekian lama.

Kongsi Hael, ketika dia baru sahaja tamat persekolahan sekitar 12 tahun lalu, dia ada ke sebuah persembahan yang turut melibatkan Dayang serta beberapa penyanyi laln.

“Waktu itu sekitar 2005 atau 2006 lalu, baru sahaja habis sekolah masa tu. Adalah beberapa artis membuat persembahan dan Dayang pun juga terlibat sama. Bayangkan dalam ramai-ramai artis tu, hanya dia yang tegur saya sebab masa tu saya turut di suatu sudut di tepi tangga.

 

“Katanya, awak buat apa dekat sini, janganlah duduk dekat luar. Masa itu dalam hati saya berkata Ya Allah humblenya bila artis nama besar tegur dulu,” akui Hael lalu menjadikan bintang tersebut sebagai ‘celebrity crush’ atas sikapnya yang merendah diri.

Akui Hael lagi, dia juga tidak percaya Dayang akan menyapanya memandangkan ketika itu dia bukanlah siapa-siapa dan menghadiri majlis berkenaan kerana mengetahui di situ merupakan platform bakat baru untuk mempamerkan bakat nyanyian.

Terdahulu, Hael dan Dayang ditemui di majlis pelancaran muzik video single duet mereka yang berjudul Haram di Gasket Alley, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ditanya bagaimana proses merealisasikan lagu tersebut, Hael memberitahu dia merisik Dayang ketika mereka sama-sama menjayakan persembahan di sebuah pusat beli-belah akhir tahun lalu. Jelasnya, dia ada bertanya pihak Dayang sama ada mahu atau tidak untuk melakukan projek duet bersama.

Bagaimanpun, atas komitmen terhadap Anugerah Juara Lagu, Dayang meminta dia menangguhkan hasratnya itu buat sementara waktu.

“Lalu sejurus selepas AJL berakhir, saya menghubungi Dayang mengenai rancangan tersebut dan Alhamdulillah impian tercapai,” katanya optmis sambil dipersetuji Dayang.

Sementara itu, Dayang berkata, dia tidak terus bersetuju dengan pelawaan Hael sebaliknya hanya membuat keputusan selepas mendengar lagu atas faktor kesesuaian vokal keduanya.

“Saya suka dengan suara dan lagu yang dicipta dia. Cuma untuk melakukan sebuah projek duet, saya tidak mahu ia sekadar main hentam atau sekadar suka-suka saja. Kita kena ambil kira soal keserasian dari segi vokal.

 

“Saya pun kena fikir juga sama ada mampu membawa lagu tersebut atau pun tidak. Alhamdulillah akhirnya ia memuaskan hati kami. Saya suka dengan melodi Haram yang mudah diingati selain tiada istilah saling lawan vokal,” katanya kepada MH.

Hari pertama ia dilancarkan menerusi platform digital, lagu berkenaan turut menduduki carta teratas di itunes dan sehingga kini, muzik video hasilan Storytellrs itu susah pun ditonton hampir 300,000 kali di YouTube.

Published by
Rafiq Mazlan