Pelakon, Ika Nabella yang kini sedang hamil anak pertamanya mengakui meski kandungannya kini sudah pun melalui fasa trisemester, namun dia jarang untuk mengenakan solekan setiap kali keluar rumah.
Kongsi Ika seperti yang dipetik di Instagram miliknya, dia hanya selesa oles bedak bayi sahaja.
“Since pregnant I mmg jarang makeup jarang keluar rumah pun.. I selesa pakai baby powder je heheheh I think it’s normal kan? Ada certain pregnant mom suka melaram but for me maybe belum sampai lagi phase suka melaram tu & it hurt me soooo bad bila ada yg pggl I ‘pemalas nk bersiap’.
“How to deal with these kind of people eh?? Ok la mcm ni you sponsor I MUA everyday boleh lah I bersiap cantik2 mcm pengantin posing puaskan hati you ,” tulis Ika.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen rata-rata peminat menganggap situasi tersebut adalah suatu yang normal. Malah, ada juga yang memberitahu bahawa Ika sudah sedia tampak cantik seadanya.
Ads
Terdahulu pada awal Ramadan lalu, Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam telah pun mengumumkan mengenai kehamilan tersebut di laman sosial masing-masing. Ika sebelum ini pernah mengalami keguguran.
Sebentar tadi, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal era lewat 90-an, Kumin pada tengah hari tadi.
Menurut laporan Astro Awani, berita sedih tersebut disahkan sendiri oleh rakan baiknya , Yank Kassim.
Allahyarham Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 49 tahun di kediamannya yang terletak di Taman Lembah Maju, Ampang.
“Isteri arwah memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan.
“Setahu saya, arwah sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital, akhir Julai lalu akibat sesak nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.
“Selain itu, arwah berhadapan masalah pergerakan badan yang terhad,” kata Yank.
Sebelum ini, Kumin pernah dimasukkan ke hosptal selepas mengadu mengalami kebas anggota badan dan serangan angin pasang.
Allahyarham telah dibawa ke Hospital Ampang dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.
Terdahulu, Kumin pernah mencipta nama menerusi kumpulan duo yang diberi nama KU2 bersama seorang lagi rakan baiknya allahyarham Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi.
Kumpulan KU2 pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mendedahkan dirinya akan tetap meraikan Aidilfitri demi menggembirakan anak-anaknya meskipun hatinya agak berat kerana ini merupakan kali pertama dia menyabut hari raya tanpa kehadiran isteri yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia juga mahu meraikan kejayaan anak-anaknya yang berjaya berpuasa penuh disepanjang bulan Ramadan ini.
“Tipulah kalau nak saya kata mudah nak lalui semua ini terutamanya ketika menyambut bulan Ramadan dan Syawal. Pada waktu-waktu ini kita banyak luangkan masa bersama keluarga. Tapi nak atau tidak saya kena lalui. Masa tidak akan berhenti berjalan.
“Saya percaya setiap dugaan ini akan ada hikmah yang lebih baik di depanNya nanti. Cuma nak lalui fasa-fasa ini, agak berat sikit bagi saya.
“Saya akan berbincang dengan anak-anak mengenai tema baju raya. Bila fikir semula, saya tak boleh pentingkan diri sendiri dan melayan perasaan saya sahaja sebab anak-anak sangat teruja nak beraya.
“Bulan Ramadan ini pun mereka sangat seronok nak berpuasa. Kesemua mereka berazam nak berpuasa penuh tahun ni. Jadi, saya kena meraikan mereka. Saya juga mahu mereka melupakan sedikit kesedihan itu,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan lawak Sepahtu ini turut menzahirkan rasa kagum dengan kekuatan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anaknya untuk sentiasa bercerita mengenai arwah ibu mereka tanpa mengalirkan air mata.
“Keterbukaan untuk bercakap mengenai ibu mereka tanpa menangis membuatkan saya kagum. Mereka siap tanya ‘Raya ni tiada ibu kita nak buat apa dy?’. Yang ‘rabaknya’ saya tapi mereka okay sahaja. Mungkin itu kekuataan yang Allah beri pada mereka.
“Saya bercadang nak beraya lama di kampung kemudian bawa mereka bercuti. Mungkin raya tahun ini kami tidak diraikan di rumah. Juadah pun saya tak akan sediakan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shuib turut mendedahkan dia juga amat merindukan juadah yang sentiasa disediakan oleh arwah isterinya ketika bulan Ramadan dan Syawal.
“Saya sangat suka air tangan arwah terutamanya pajeri nenas dan kerutup. Baru-baru ini mak mertua saya ada buat tapi saya tak boleh makan.
“Selepas arwah meninggal, ketika saya ingin membersihkan peti ais,rupanya dia memang ada masak pajeri nenas untuk saya. Luruh hati saya pada ketika itu. Saya bukan sakit tapi ia rasa macam susah sangat nak makan. Rasa macam ada yang tak lengkap.
“Apapun, saya tetap kena paksa diri untuk makan sebab saya tak boleh sakit. Tanggungjawab saya demi anak-anak masih lagi besar. Tapi kalau beriya-iya nak makan, perasaan itu belum ada lagi,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, Shuib dan Sarah telah melayari bahtera perkahwinan selama 10 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang baru berusia 9 bulan.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada tanggal 9 Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di kala netizen sedang memberi pelbagai reaksi mengenai kontroversi telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi meski masih belum pun ditayangkan, Syafie Naswip yang menjadi teraju utama ada meluahkan cabaran beraksi sebagai individu ‘dua alam’ dalam drama tersebut.
Menerusi Instagram, perkongsian video dirinya yang mendukung sebagai Hamid sedang mengalirkan air mata menerusi watak Hamid cukup meruntun rasa.
“Sebenarnya watak ini sangat mencabar kewibawaan saya sebagai seorang pelakon, But im glad dengan support daripada semua aktor/tenaga kerja especially my director Kak Eyra Rahman.
“Im not sure samada saya benar-benar menepati kehendak watak itu atau tidak, Tp saya cuba menempatkan dan meletakkan emosi dan rasa itu di titik tengah,” ulasnya.
Akur akan emosi netizen yang enggan drama ini ditayangkan, namun dia memohon agar diberikan ruang.
“Saya tahu ramai yang marah akan kehendak cerita seperti ini ditayangkan di TV. Tetapi berilah ruang pada HAMiD untuk meluahkan apa yang dia rasa sejak dulu.
“Setiap insan ingin kembali ke fasa lebih baik. #demituhanakubersaksi Dan ini cerita HAMID, Dengarkan dan Fahamilah. Coming Soon (Date Belum Tahu) Di RTM,” tulisnya lagi.