Pelakon, Ika Nabella yang kini sedang hamil anak pertamanya mengakui meski kandungannya kini sudah pun melalui fasa trisemester, namun dia jarang untuk mengenakan solekan setiap kali keluar rumah.
Kongsi Ika seperti yang dipetik di Instagram miliknya, dia hanya selesa oles bedak bayi sahaja.
“Since pregnant I mmg jarang makeup jarang keluar rumah pun.. I selesa pakai baby powder je heheheh I think it’s normal kan? Ada certain pregnant mom suka melaram but for me maybe belum sampai lagi phase suka melaram tu & it hurt me soooo bad bila ada yg pggl I ‘pemalas nk bersiap’.
“How to deal with these kind of people eh?? Ok la mcm ni you sponsor I MUA everyday boleh lah I bersiap cantik2 mcm pengantin posing puaskan hati you ,” tulis Ika.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen rata-rata peminat menganggap situasi tersebut adalah suatu yang normal. Malah, ada juga yang memberitahu bahawa Ika sudah sedia tampak cantik seadanya.
Terdahulu pada awal Ramadan lalu, Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam telah pun mengumumkan mengenai kehamilan tersebut di laman sosial masing-masing. Ika sebelum ini pernah mengalami keguguran.
Foto: Instagram Ika Nabella