
Pelakon jelita, Mia Ahmad ada berkongsi cerita dan bergurau perihal suaminya, Mohd Izham Tarmizi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara.
Bintang berusia 32 tahun ini mendedahkan suaminya pernah ‘curi-curi’ untuk memakan baju kelawar miliknya.
“Pose teleng kepala since semua dok tanya duk rumah pun pakai lawa-lawa ke? Dah berapa hari dah husband I curi-curi pakai baju kelawar I. dah takde baju dah i nak pakai #insidejoke #curijokepm #husbandpunpakaibajukelawar #7mthspreggo,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat berasa terhibur terhadap perkongsian bintang drama bersiri Hati Perempuan itu.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Kini, Mia sedang hamil anak keduanya yang kini sudah mencecah usia 7 bulan.
Foto: Instagram Mia Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semalam Rasa Sebak Sangat,”- Lega & Terharu, Elfira Loy Buat Kenduri Doa Selamat Untuk Bayi Bakal Lahir

Menanti hari untuk bakal melahirkan anak pertama, pelakon Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy akui debaran kian makin terasa.
Pelakon berusia 25 tahun itu ada berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya yang kini sedang sarat hamil.
Kongsi Elfira, dia telah mengadakan majlis kenduri doa selamat buat anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“26/9 , Bacaan yassin & solat hajat diadakan di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai di kawasan perumahan el.
“Alhamdulillah part ni dah selesai rasa lega tenang dah buat doa selamat for the baby. Thank you mama for arranging that.
“Semalam rasa sebak sangat , sebab memang tak jemput siapa-siapa pun , buat dekat masjid , siapa yang hadir itu jelah tetamu jemputannya. Tak tahu berapa ramai .
“Part tetiba ustaz kata nak buat solat hajat tu el macam nervous , macam ada ke orang yang tak kenal kita nak buat solat hajat untuk ke , nak ke berdoa untuk kita .
“Tapi el lupa el berada dekat tempat yang Allah paling sayang , di Masjid . Semua dah dianggap saudara kat situ.Alhamdulillah , thank you Allah for another blessing , found this somewhere saying , there is an ayat in the Qur’an where Allah promises us that if we thank Him then He will surely grant us more.
“And subhanallah, it’s not just to do with wealth. It’s to do with everything. Semoga Allah permudahkan proses ini & semoga Allah panjangkan umur kami. . Amin . #makantalamisthebest,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on
Melihat di ruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat mendoakan agar semua urusan bintang filem Tentang Bulan itu dipermudahkan.
Sekadar informasi, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari lalu di Cyberview Resort, Cyberjaya.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Macam Segelintir Tu, Buat-Buat Tak Nampak Walaupun Dah Berselisih Bahu,”- Jasmin Hamid

Pelakon senior Jasmin Hamid telah menghadiri ke Festival Filem Malaysia Ke-30 yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dua hari lalu.
Lalu, pelakon yang berusia 46 tahun itu telah memuat naik sekeping gambar bersama seorang pelakon, Sabrina Ali ketika menghadiri ke majlis tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Sempat lagi kami berposing walaupun dah nak balik sebab bukan senang nak jumpa. Jangan lepaskan peluang.. Masyaallah cantiknya adikku ini Seniwati @sabrina_ali_dad_khan ..
Sentiasa humble dan kalau jumpa, dia pasti akan tegur sapa..”
“Bukan macam ada segelintir tu, yang buat -buat tak nampak walaupun dah berselisih bahu..pastu alasan RABUN tapi kenapa orang yang sebatu jauhnya tu boleh pulak ko nampak? Nampak naw menipu ..”
“Sebelum hangpa jadi ARTIS, saya dah jalan atas KARPET MERAH tu dulu.. Siap naik pentas ambil AWARD… bukan sekadar tayang baju sponsor ke hulu ke hilir dan meramaikan majlis.. Tapi sebenarnya yang POPULAR dan TERBAIK kebanyakannya humble ,cuma yang suam -suam kuku ni yang OVER.. feeling HOLLYWOOD..”
“Walau macamana pun tak mengapa, ini semua adalah PINJAMAN ALLAH.. Pada yang RIAK , LUPA BERSYUKUR dan SOMBONG tu, satu hari nanti pasti Allah akan tarik balik nikmatNYA ..”
“Dah ramai ALLAH tunjukkan di mata saya untuk saya jadikan TELADAN dan SEMPADAN!
Tak rugi pun sebenarnya jadi orang yang HUMBLE dan BERBUDI BAHASA ni.. Banyak kelebihan sebenarnya.. .”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Menariknya, perkongsian Jasmin itu telah menarik perhatian peminat apabila pelakon itu telah memberi nasihat kepada artis-artis baru.
Malah, kata-kata yang telah ditulis oleh ibu kepada 3 orang anak itu telah mendapat pujian peminat.
Tidak kisahlah artis lama atau artis baru, kita seharusnya sentiasa bersikap rendah diri dan saling menghormati antara satu sama lain.
Foto : Instagram Jasmid Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bertengkar, Terasa Hati Jangan Cakaplah,” – Syatilla Buka Cerita, Tiap Kali Nak Keluar Produk Adik-Beradik Mesti Gaduh, Tapi…

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mendedahkan jenama maskara yang diusahakan bersama adik-beradiknya di bawah jenama Kekasih by The Melvins, sudah pun enam bulan berada di pasaran.
Mengakui bukan senang untuk mendapatkan hasil terbaik, isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui bersama Syifa, Syida dan kakaknya, Syafiqa Melvin.
“Dah 6bulan mascara #hijabmatakekasih launching tapi sampai harini duk obses xhabeh lagi.
“Hanya kmi berempat saja yang tahu mcmana struggle susahnya nk dapatkan formula yg terbaik.
“Bergaduh, bertengkar, terasa hati jgn cakap lah. Setiap produk nk keluar mesti gaduh! Tp lepas tu ok balik. Adik beradik kan, air dicincang takkan putus.
“Kalau org luar mulut jahat mungkin boleh putus, tpi bukan dgn adik beradik.
“Setelah ber round2 test, hantar kilang then kilang hantar balik lepastu pulangkan balik kat kilang, sampi puas hatiZ Boleh tengok sendiri laa result kt bulu mata mcmana bila pakai, hmm terbang weh!,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengumumkan mengenai kejutan yang bakal dibuat menjelang Syawal nanti.
“Untuk raya dengar cerita lagi MEWAH look dia!Tunggu #satukekasihcukupke #bulumatabetoi @kekasih_hq,” tulis Syatilla.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI