
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz ada memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dia mengenakan serban serta jubah putih bagi menjayakan satu watak.
Lalu, perkongsian foto Aliff menerusi Instagram miliknya itu turut mendapat komen daripada si isteri, Bella Astillah.
Bagaimanapun, ada satu akaun Instagram yang menggunakan nama @Nurakilaaa telah meninggalkan komen yang seakan berbaur sindirian.
Komen yang diberikan itu telah mendapat komen balas dari Bella dengan meminta akaun palsu itu supaya kirim salam pada kedua orang tuanya.
Selang beberapa ketika, suaminya juga turut memberikan reaksi.
“Biarlah manusia kiriman syurga nak tulis macam-macam yang. Terkena batang hidung sendiri senget baru dia rasa,” balas Aliff.
Pada masa sama, rata-rata pengikut bintang tersebut juga tidak puas hati dengan komen yang diberikan kerana ia seperti tidak sensitif untuk ungkit perkara lama.
Aliff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan telah pun dikurniakan anak lelaki, Ayden Adrean Julai lalu.
Foto: Instagram Aliff Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Hargai Muzik Kami, Jadi Main Saja,” – ‘All Out’ Jual Tiket Konsert, Drama Band Tak Malu Buat Busking, Termasuk Di Lorong Belakang

Vokalis Drama Band, Aepul Roza mengakui dia dan anggota kumpulan lain tiada masalah untuk membuat persembahan di mana-mana lokasi termasuk busking (muzik jalanan) jika ia mampu memdekatkan muzik mereka kepada pendengar.
Aepul yang ditemui ketika mengadakan persembahan secara busking di tapak perniagaan Lorong Belakang di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada Jumaat, berkata, konsep persembahan sebegitu dianggap seronok selain orang ramai dapat menikmati muzik mereka secara dekat.
“Dari awal kemunculan lagi sehingga sekarang sudah 14 tahun, ini memang cara kami bawa diri. Memang tak pernah menganggap diri kami sebagai selebriti besar. Kami sebenarnya rasa sangat dihargai apabila ada orang yang mengenali dan menyanyi bersama lagu Drama Band.
“Kami juga sentiasa sedar apa yang dibuat ini (busking) juga satu kerja. Sebab itu kami tak kisah menyanyi secara busking atau di tepi jalan. Disebabkan ada yang menghargai muzik kami, jadi main saja. Memang tiada masalah.
“Macam di Lorong Belakang ini pun, konsep yang lebih kurang sama. Kami suka sebab betul-betul dapat bertemu bertentang mata dengan orang ramai dan peminat yang menyokong kerjaya kami selama ini. Sebab tanpa mereka Drama Band tidak akan sampai ke tahap sekarang,” katanya.
Sesi busking juga adalah sebagai antara rangka promosi untuk menjual tiket Konsert The Hardest Malam Drama yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Oktober depan.
“Sepanjang minggu ini, kami tanpa henti keluar busking untuk promosikan konsert. Setakat ini sudah 70 peratus tiket terjual, jadi ada baki 30 peratus saja lagi.
“Kami sebenarnya sangat berterima kasih kepada Alha Alfa Cosmetics sebab sudi bekerjasama dengan kami.
“Jadi, yang baki ini kami cuba jual dengan buat busking. Memang kami bagi harga yang istimewa. Pendek kata, kami nak bagi konsert ini ‘full house’.
“Sebanyak 23 lagu kita akan persembahkan di konsert nanti dan Insya-Allah, isteri saya, Leez Rosli dan rakan penyanyi, Putera Muhammad juga akan turut membuat persembahan di konsert kami nanti,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Youth Ventures Asia yang juga penganjur tapak Lorong Belakang Hanif Marzuki, 30, berkata, kumpulan itu memang satu-satunya pilihan mereka untuk dibawa menjayakan persembahan di sana.
“Kali terakhir acara sebegini pernah dibuat Datuk Sudirman di Chow Kit Road, tapi ketika itu dia datang nyanyi. Selepas itu tak ada lagi. Jadi, macam mana kami boleh bawa Drama Band adalah selepas mereka muncul di podcast dan menyuarakan hasrat untuk buat persembahan sebegini sambil nak jual tiket.
“Sebenarnya, Drama Band memang satu-satunya pilihan kami untuk dibawa ke Lorong Belakang. Sebab ini pertama kali buat macam ini. Kalau pentas pasar malam di sini boleh bawakan Drama Band, bermaksud band lain pun boleh juga. Alhamdulillah, sambutan penonton sangat ‘happening’.
“Kehadiran Drama Band ini juga menaikkan lagi imej pentas Lorong Belakang. Kebanyakan yang buat persembahan sebelum ini busker biasa. Dua bulan lepas kami panggil sekolah seni untuk buat persembahan. Sekarang panggil artis.
“Idea untuk pelbagaikan. Bukan setakat band ternama, tapi kami pernah juga panggil pelajar Aswara. Kita nak tengok pentas ini boleh buat apa saja muzik. Pada akhirnya Lorong Belakang adalah budaya kerana pasar malam adalah budaya kita. Jadi, kami nak pelbagaikan artis, muzik dan genre,” katanya.
Menurutnya, dianggarkan antara 10,000 sehingga 15,000 pengunjung direkodkan pada setiap minggu yang datang dari seluruh negara dan Lorong Belakang beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad.
“Lorong Belakang ini sudah beroperasi sejak 2019 lagi, namun ketika pandemik melanda negara ia terhenti. Malah, selepas semua aktiviti kembali beroperasi tapak ini masih belum mendapat sambutan. Ketika itu ia berlangsung pada awal dan hujung bulan dengan pembabitan antara lima hingga lapan vendor saja.
“Selepas itu, dengan kerjasama penuh Shaftsbury Square, kami terus melancarkan Lorong Belakang ini yang kini berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu dan dibuka sehingga jam 12 malam.
“Apabila semakin mendapat perhatian dan tular di media sosial, bukan saja pengunjung yang bertambah tapi jumlah peniaga pun semakin meningkat,” katanya.
Menariknya juga, Lorong Belakang turut memberi peluang kepada pelajar universiti di sekitar Cyberjaya untuk bekerja secara sambilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zahirah MacWilson Lebih Jelita Menawan Bila Kenakan Barangan Kemas Habib Jewels Bernilai RM1juta, Ini Perinciannya!

Cantik menawan saat bergelar raja sehari, penampilan Zahirah MacWilson disempurnakan dengan menggayakan busana hasil sentuhan pereka fesyen, Teh Firdaus.
Lebih menarik, bintang jelita itu turut ditatarias set barangan kemas dari Hearts On Fire dari Habib Jewels yang bernilai lebih kurang RM1,000,000.
Nah, ini dia perincian mengenai set barangan kemas yang dimaksudkan.
- Berlian paling sempurna dengan membentuk pantulan cahaya maksimum. Cincin berlian yang diikat dengan emas putih 750. Cincin eksklusif ini turut dipenuhi dengan 7 butir berlian seberat 0.33 karat.
2. Cincin berlian Hearts On Fire dari koleksi Aerial bertatahkan 82 butir berlian seberat 0.9 karat mempunyai reka bentuk yang sangat unik.
3. Rantai tangan 3 baqrisan berlian dari koleksi Copley Hearts On Fire menyerikan lagi pergelangan tangan pengantin perempuan pada malam itu.
4. Rantai leher dari koleksi Aerial bertatahkan 750 butir berlian berbentuk ‘teardrop’ mempunyai berat lebih dari 22 karat nyata menyempurnakan busana indah yang dipakai Zahirah.
5. Ini cincin berlian berbentuk ‘pir’ dipenuhi dengan berlian 1.22 karat.
6. Cincin perkahwinan ‘eternity’ dari Hearts On Fire pasti menjadi peneman sempurna buat pengantin wanita, malam tadi.
Sementara itu, solekan wajahnya ditataris oleh jurusolek terkenal, Bosco Ryzal. Manakala Aiman Hakim, yang juga pemilik cafe Bakersfellas di Ara Damansara itu pula selesa memilih persalinan baju Melayu rekaan Cosry.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sumber/Foto: Habib Jewels/Boscoryzal (IG)
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tampil ‘Edgy’ Dengan Stail Rambut Hampir Botak, Emelda Rosemila Perjelas Sebabnya

Tampil berbeza, penampilan dan stail rambut pelakon Emelda Rosemila yang dipotong hampir botak mencuri tumpuan hingga sekali imbas ia persis imej yang pernah dibawa beberapa figura terkenal Hollywood.
Bagaimanapun, isteri kepada Adlin Aman Ramlie menjelaskan gaya rambut tersebut sebenarnya adalah demi tuntutan watak yang dilakonkan menerusi filem Abnormal arahan Azhari Zain.
Emelda,41, berkongsi mengenai perkara sejurus sesi pra tonton drama Dukun Diva di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Saya jadi gangster dalam filem itu. Penggambarannya bermula dari 6 sampai 19 November lalu. Adlin dan Kodi Rasheed pun berlakon sama. Filem ini juga ada babak aksi dan berlawan.
“Saya pegang watak perompak berimej botak dengan ada ukiran seakan tatu di rambut bernama Speed. Filem ini menurut pengarahnya dihasilkan untuk platform seperti Netflix,” katanya.
Lebih 20 tahun di arena seni, Emelda akui dia sentiasa mahu keluar dari zon selesa demi mencabar diri.
“Ini kira kali pertama saya potong rambut sebegini untuk improvisasi watak diberikan. Kalau boleh saya nak tinggalkan kenangan untuk filem itu dengan mengorbankan rambut.
“Cuma imej dalam filem ini saya tak terlalu kongsi sangat dalam media sosial. Dulu masa muda remaja pernah juga potong rambut pendek hampir botak. Biasalah zaman ‘nakal’. Ikutkan pengarah atau produksi filem itu tak minta pun saya potong rambut.
”Tapi ia inisiatif sendiri demi menjiwai watak. Sesekali ubah gaya, kenapa tidak. Lagipun saya sudah terbiasa dengan potongan rambut pendek paras bahu dan sebagainya,” katanya lagi.
Sementara itu, Emelda yang mendukung watak sebagai Datin DD menerusi drama Dukun Diva juga teruja apabila turut bergandingan dengan suami dalam naskhah sama.
Adlin memegang watak sebagai Datuk Siddiq, juga sebagai usahawan kosmetik.
“Jujur saya ‘enjoy’ berlakon di samping suami. Selepas telefilem Cerai tahun lalu kami digandingkan lagi dalam satu ‘frame’. Sudah empat kalilah kami digandingkan bersama. Senang juga berlakon dengan suami sendiri kerana untuk drama ini pun kami sering bertukar pendapat demi menghidupkan watak masing-masing.
“Dalam drama ini banyak juga babak kami ‘gaduh’. Malah dalam drama ini pun watak Datuk DD berpeluang memiliki video muzik lagu sendiri seperti penyanyi lain. Babak saya dan suami ada elemen muzikal. Kami juga perlu menari termasuk ada ‘battle’ rap,” katanya.
Sinonim dengan watak serius sebelum ini, adik ipar kepada Datuk AC Mizal ini bagaimanapun tidak melihat karakter Datuk DD sebagai satu watak mudah.
“Sebenarnya ada lapisan watak dalam karakter Datuk DD. Tambah pula dia sejenis bipolar. Ia bukan kerja mudah biarpun watak ini nampak gila-gila, santai dan ada sisi komedi. Saya pun tak bergantung kepada garis panduan yang diberikan.
“Malah banyak improvisasi. Jadi ia sebenarnya memenatkan tapi saya ‘enjoy’. Sepatutnya rambut palsu ditukar dengan pelbagai gaya. Tapi akhirnya kekal dengan satu rambut palsu saja.
“Lagipun penggambaran dibuat pada fasa pandemik COVID-19 yang terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP) dan mengejar masa,” katanya lagi.
Dukun Diva yang mengisi slot Astro Originals telah pun mula bersiaran di Astro Citra bermula semalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI